Thursday, November 15, 2012

Kembali Menulis.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Smile

Setelah sekian lama aku meninggalkan blog ini tanpa penghuni sejak bulan Februari, akhirnya kembali juga keinginan untuk menulis kembali di sini. Hampir setahun juga la tak berpenghuni.

Sekarang juga semakin sibuk dengan “study”. Takde lah sibuk mana jika nak dibandingkan dengan pelajar post-grad. Cuma masa banyak dihabiskan di Twitter bila tiada apa-apa yang nak dibuat bila berkelapangan. Blog ini mungkin akan beroperasi kembali seperti dulu tetapi mungkin jarang-jarang sekali untuk update. Tak tahu apa yang nak dikongsikan. (Mood berblog belum betul-betul naik)

Sebelum ni, mungkin ada sedikit berkongsi tentang masakan ringkas, aktiviti harian. Mungkin lepas ni dah berkurang tentang itu semua. Tak berkelapangan sangat nak memasak bila tinggal di kolej. Mungkin selepas ni, aku akan kongsikan apa yang aku rasa nak kongsi. Sebelum ni pun kalau update, dalam sebulan 4-5 kali. Hahahha… Tak seperti orang lain yang boleh update sehingga 2-5 kali sehari. Memang rajin betul menulis. Aku ni memang tak berapa ada bakat menulis. Karangan SPM pun pendek-pendek belaka. Tak tahu kenapa. Apa-apa je lahh. Yang penting, sekarang ni nak ambil balik mood berblog macam dulu. Sekian. Terima kasih!! Smile

Thursday, April 12, 2012

Pastry Pokok Duit

Assalamualaikum…Lama dah tak update blog nih rasanya…

Tiba-tiba pagi nih terasa nak update lepas mencuba sesuatu yang menarik daripada blog Mat Gebu. Dah lama aku plan nak cuba buat benda ni, baru la hari ini ada kesempatan nak cuba… Jom tengok apa itu pastry pokok duit…

Tak mahu membebel panjang-panjang, sebenarnya resipi nih diambil daripada blog Mat Gebu … Aku rujuk semuanya kat sana, beli barang ni pun baru petang semalam. Jom tengok bahan-bahan dia:-

  • Puff pastry bersaiz kecil
  • Sosej ayam/daging (mengikut citarasa)
  • Kuning telur untuk disapu di atas pastry
  • Sedikit tepung gandum u(ntuk mengelakkan pastry melekat pada papan canai)
  • Sos cili

Cara-cara membuatnya:-

  • Puff pastry dibiarkan lembut sedikit sebelum dicanai mengikut saiz sosej yang anda gunakan. Sosej digulung selepas pastry dicanai mengikut panjang sosej yang anda gunakan.

  • Kerat hingga putus sosej yang bersalut dengan pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolakkan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat keadah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar (resipi asal). Tapi aku potong lebih sedikit, aku potong 12 sebab nak hasil yg nipis sedikit, terpulang banyak mana yang anda nak kerat.

sumber gambar: http://www.tiffinbiru.com/2010/12/pastry-pokok-duit.html

  • Susun di atas dulang pembakar. Kemudian, sapukan sedikit kuning telur. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 20 - 25 minit. Hidangkan bersama sos pilihan anda sama ada sos cili ataupun sos lada hitam.

sedikit perubahan aku lakukan kat resipi ini mengikut citarasa aku. Aku sapukan sedikit sapuan mentega bawang putih (garlic spread) semasa ia separuh masak. Hasilnya, pastry pokok duit ini ada sedikit rasa bawang putih.. sedappp… selamat mencuba.. tak susah pun buat pastry pokok duit nih… Pizza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat