Wednesday, December 15, 2010

apa yang bagus kalau kita derma darah??

assalamualaikum wbt....

derma darah....hmmm...mesti ada diantara kita yang takut nak derma darah kan???
saya baru je sekali menderma darah...x silap oktober lepas..ada baktisisswa buat program kat kolej 13..ade peluang, join la....memang agak nervous mula2...dah la prosedur yg panjang...bertambah lagi la 'ketakutan' tu...kesia jugak kat member2 yg pergi sekali nak derma darah..tapi x boleh...sebab x menepati syarat2 penderma darah... 
  • Berumur 18 tahun ke atas  
  • Berat badan 45 kg dan ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C

ada yg x cukup tidur la...x makan lagi la...x cukup berat badan la...macam2...takpe2..niat anda memang baik...nak tau tak apa kelebihan menderma darah nih?? jom tengok kat bawah nih...
  • merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
  • penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
  • berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.

darah saya jenis AB positive...so, darah saya hanya boleh didermakan kepada penerima yg mempunyai darah jenis AB jugak...nih gambar sewaktu buat ujian jenis darah yg dibuat sewaktu amali sewaktu sem 3 dulu>> Biology : Developmental Biology & Genetics..best...kena cucuk jari sendiri...titiskan darah tu dalam tile tu..pastu campur dengan antigen A, B, n Rh...baru boleh tau ape jenis darah kita nih....

14 kata-kata blogger:

rajanuha said...

zamir kedekut darah ;p

zaMir said...

lieko : aku x kedekut la...dah takdir tuhan..huhuhu...darah aku jenis AB +ve...

MyraAyreen ^^ said...

x cukup BMI nak derme darah ...

zaMir said...

Myra : takpe2...yg penting niat dah ada...

Syarafina Zaini said...

sampai sekarang pun belum sampai seru lagi nak derma darah.. huu~


p/s: beruang kecil sudah membesar cantik

zaMir said...

eiysya zasya's : 1 masa nnt sampai la...

Solihin Zubir said...

aku pernah skali je derma darah.. huhu..

zaMir said...

Solihin : same la kita...skali je..

eqbalzack said...

salam....
abg eq dah 4 kali derma dara..opss...derma darah..hehe

zaMir said...

abg eq : wow!!...memang pemurah...

Hanisah Safian said...

nak derma,tp serammm.wuiwuiwui :P

zaMir said...

Hanisah Safian : memang agak seram mula2 tu..tapi bila jarum dah masuk...tak terkata...

Awang Hafiz said...

erkk darah... :pengsan:

zaMir said...

Awang Hafiz : nih mesti jarang luka nih...akalu nampak darah terus pengsan...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat