Tuesday, May 31, 2011

Menu Tengah Hari | Nasi Goreng Style Aku…

Assalamualaikum semua…

Selamat tengah hari…hari ni merupakan hari terakhir aku melepak-lepak kat rumah ni…hari ni jugak la peluang aku nak memasak…esok dah start kerja..hihi…bukan kerja lama-lama pun…3 bulan je…kerja sementara untuk isi masa cuti ni je…

Ok la…aku baru je lepas masak dan makan nasi goreng nih…nasi goreng rasanya semua orang tahu masak kan?? Cuma berbeza rasa dan warna je…dan nama jugak…huhu…aku pun tak tau nak kasi nama apa kat nasi goreng yang aku masak nih sebab setiap kali aku masak nasi goreng…mesti tak sama warna dan rasa…ia berubah-ubah ikut citarasa…kali ni malas nak letak cili api…pakai perencah je…ok la…malas nak bebel lagi…jom tengok bahan-bahan yang aku guna nih…

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih untuk 2 orang makan…(terpulang la nak banyak mana)
  • Bawang putih dan bawang merah seulas..(tumbuk dengan lesung batu tau..taknak blender2..tak sedap…)
  • ikan bilis yang ditumbuk tak berapa halus…
  • Perencah nasi goreng Adabi…(nak pakai cili api pun boleh…)
  • Sayur campur
  • FishBall (sebab ni je yang ada…malas nak potong ayam…hehehe…)
  • Salad (kala nak la…kat rumah aku dah habis salad…so, letak je la tomato ceri…)
  • Minyak masak…(terlupa pulak…huhu)

CARA MEMASAK:

  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dalam 3-4 sudu besar.
  • Masukkan segala bawang tadi tu…kacau…lepas tu masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar tadi tu…masak lama sikit…lepas tu masukkan perencah…
  • Agak-agak dah sebati tu…masukkan sayur campr dan fishball….kacau la sampai rata…biar sayur tu empuk sedikit….
  • Masukkan nasi putih tadi…kacau la sampai rata….tadaaaaa….dah siap….

IMG_1806

tomato ceri tu saja2 je letak…nak makan macam tu saja pun sedap….aku malas nak letak telur sebab macam dah penuh sangat dah…malas nak goreng ikan bilis tu..saja masukkan yang dah hancur lepas tu kasi rata dengan perencah….rasa ikan bilis tu memang sedap…tak payah pakai serbuk pati ikan bilis yg ada jual tu…senang je…

P/s: nasi goreng yang aku masak ni style aku…sebarang bantahan terhadap resipi ini tak diambil kesah dan tidak dilayan…sebab bukan nak jual pun…(entah boleh jual ke tidak…errkk..)

14 kata-kata blogger:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nampak sedap...nnt msk tuk akak ye zamir!

SyedGraphiX said...

urgghh! sdap gilaaa!! (bodek) tapi amek gmbar time da siap je.. kot2 ko beli kat kedai. bkan leh caya! HHAHAHA

Hanim Mahali said...

ada button like kat komen ni tak??? nak like komen Syed... hahaha ~

zaMir said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
no hal la akak....tp bila tu??

zaMir said...

@SyedGraphiX
ko nk aku wat vlog ke?? hahahah..

zaMir said...

@Hanim Mahali
LIKE la...huhuhu

Mohamadazhan hjDesa said...

haha.macam sedap tu =)

aku nak kena hafal resipi ni..

Wan Ahmad Izudean said...

ko letak kat lantai eh?

Wan Ahmad Izudean said...

ko letak kat lantai eh?

man yusoef said...

@Wan Ahmad Izudean haha...bengong punya komen din..

Wan Gerrard said...

selalu masak jd x sedap, xtau masalah pe hahaha

IQBAL ZARIN said...

tampaq kang. buat aku meleleh ayaq liuq ja. haha... pinjam resipi naa... hehehe

zikeryhassan said...

next resepi plak

maszull said...

assalamualaikum zamir....fuyooo sedap nyer nasi goreng tu rasa lapar ni...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat