Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Pastry Pokok Duit

Assalamualaikum…Lama dah tak update blog nih rasanya…

Tiba-tiba pagi nih terasa nak update lepas mencuba sesuatu yang menarik daripada blog Mat Gebu. Dah lama aku plan nak cuba buat benda ni, baru la hari ini ada kesempatan nak cuba… Jom tengok apa itu pastry pokok duit…

Tak mahu membebel panjang-panjang, sebenarnya resipi nih diambil daripada blog Mat Gebu … Aku rujuk semuanya kat sana, beli barang ni pun baru petang semalam. Jom tengok bahan-bahan dia:-

  • Puff pastry bersaiz kecil
  • Sosej ayam/daging (mengikut citarasa)
  • Kuning telur untuk disapu di atas pastry
  • Sedikit tepung gandum u(ntuk mengelakkan pastry melekat pada papan canai)
  • Sos cili

Cara-cara membuatnya:-

  • Puff pastry dibiarkan lembut sedikit sebelum dicanai mengikut saiz sosej yang anda gunakan. Sosej digulung selepas pastry dicanai mengikut panjang sosej yang anda gunakan.

  • Kerat hingga putus sosej yang bersalut dengan pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolakkan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat keadah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar (resipi asal). Tapi aku potong lebih sedikit, aku potong 12 sebab nak hasil yg nipis sedikit, terpulang banyak mana yang anda nak kerat.

sumber gambar: http://www.tiffinbiru.com/2010/12/pastry-pokok-duit.html

  • Susun di atas dulang pembakar. Kemudian, sapukan sedikit kuning telur. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 20 - 25 minit. Hidangkan bersama sos pilihan anda sama ada sos cili ataupun sos lada hitam.

sedikit perubahan aku lakukan kat resipi ini mengikut citarasa aku. Aku sapukan sedikit sapuan mentega bawang putih (garlic spread) semasa ia separuh masak. Hasilnya, pastry pokok duit ini ada sedikit rasa bawang putih.. sedappp… selamat mencuba.. tak susah pun buat pastry pokok duit nih… Pizza

Friday, February 10, 2012

Resepi: Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum…Salam Jumaat.. Lama dah tak update blog nih…

Hari nih nak kongsi resepi *lama dah tak post entri masak2 kat blog nih*..Tiba-tiba timbul idea nak masak Bihun Goreng singapore tengah hari nih…malas nak fikir, sebab bahan dah cukup…kalau ikutkan nak masak bihun goreng biasa je…tapi malas nak blender cili kering..hehehehe… Aku masak nih untuk makan 4 orang..sebab kat rumah nih ada mak, kakak aku dan nenek aku yg datang dari kampung..seminggu kat sini…ok…jom beralih kat bahan2 yang kita perlukan…

BAHAN-BAHANNYA:

  • Bawang merah seulas, bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
  • Bihun yg direndam (kuantiti dalam 400 gram, sebab sebungkus tu memang dah 400 gram)
  • Kobis (dipotong kecil)
  • 1 Lobak merah (dipotong kecil)
  • Sotong (kuantiti terpulang kepada anda), nak guna udang pun takpe…aku guna bahan2 yg sedia ada je..ape2 pun boleh… Smile
  • 3 biji telur yg digoreng sedikit hancur
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa (terpulang nak letak banyak mana, klau terlebih nanti, tak pasal2 pedih je perut..)
  • Minyak masak

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali…dalam 4 sudu.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan lobak merah.
  4. Masukkan pula kobis dan sotong.
  5. Masukkan sedikit garam, secukup rasa.
  6. Masukkan bihun yang telah direndam terlebih dahulu dan gaul sehingga rata.
  7. Taburkan sedikit lada hitam (kuantiti terpulang kepada citarasa anda)
  8. Masukkan telur yang telah digoreng.
  9. Kalau ada bawang goreng dan daun bawang, bolehlah ditabur…

P/S: dari dulu aku musykil, kenapa nama dia bihun goreng Singapore…asalnya dari Singapura kah????

Saturday, January 28, 2012

Pertandingan GrandMaster Chef di Pusat Asasi Sains Pertanian

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera…

Pada Jumaat lepas, 27 Jan 2012, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (tempat aku belajar dulu) ada menganjurkan pertandingan memasak..memasak??? *ni 1st time aku join kot..errr* . Aku bukan bersendirian tau, tapi berkumpulan…semuanya 5 orang untuk setiap kumpulan. Kumpulan aku mewakili Alumni Asasi…semuanya last2 minute nak join..hahaha… Peserta terdiri daripada Pensyarah, Staf-staf, pelajar semasa, dan juga kami sebagai wakil alumni…tak sedap la kan kalau takda wakil alumni nih…

Kami diberitahu yang tema untuk pertandingan kali ini adalah SURVIVAL…masing-masing tak tau apa bahan-bahan yang bakal diberikan nanti..sehari sebelum pertandingan baru la dapat tau yang bahan utama masakan adalah mee segera Maggi…maggi?? bunyi macam senang kannnn…hahah…tapi tema pun dah survival, bahan-bahan & barang-barang yang disediakan pun ala2 survival la kannn..huhuh..Ahli kumpulan aku terdiri daripada aku sendiri, Amar, Ibrahim, Amy & Mizah..Kami difahamkan juri-juri terdiri daripada Chef Jo (Juri Masterchef Malaysia), Chef Muluk, dan Chef Kadir (Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Makanan UPM)

331286_3169129996375_1509227869_3092246_2119209246_o

Sebelum pertandingan bermula….

DSC_0045DSC_0047DSC_0031DSC_0039

Sepanjang tempoh pertandingan… 30 minit masa diberikan..buatlah sekreatif yang mampu…

DSC_0080

Selepas pertandingan sementara menunggu keputusan pertandingan…. Demo masakan oleh Chef Kadir… Angle Hair dengan kuah Carbonara… sedappppp…

DSC_0117

Ok… Tak sangka dapat tempat ke-3….lawak betullll!!! Sebenarnya kami nak masak benda lain..tapi lain jadinya atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan…hehehe…ke-3 daripada 15 kumpulan tuuuuu…

DSC_0133

Gambar kenangan….

DSC_0153

Bersama Chef Jo (Juri Masterchef Malaysia)!! Hehe…korang ada???!!! errr…

Thursday, November 10, 2011

Resipi simple…Cucur Ikan Bilis…

Assalamualaikum semua….lama sungguh aku tak tulis entri pasal masak-masak ni…bukan apa…tiba-tiba je terlintas nak menaip pasal setelah semalam aku mengalami ‘kemurungan’ yang entah tiba-tiba…amat menyakitkan…rasa tertekan gila…Tuhan je la yang tahu….

Ok laaa…berbalik kepada tajuk nih…malam semalam…baru balik kelas..lapar gila..tak tau nak makan apa…kafe ni lambat pulak nak tunggu…balik je rumah…ade tepung gandum, telur, kiub pati ikan bilis…bawang pulak dah habis…huh!!!…tak tau nak masak apa..alang-alang ade bahan yang tak serba lengkap nih, housemate aku cadangkan aku masak je cucur ikan bilis..ikan bilis takde..huhuh…kiub ikan bilis ade laaa…aaaahhh!!! bantai je la…ni first time aku pkai kiub ikan bilis untuk buat cucur…pelik sioottttt!!!….

BAHAN-BAHANNYA:-

  • Tepung gandum (dalam setengah bungkus…500 gram)
  • Kiub pati ikan bilis (2 kiub)
  • Telur ayam sebiji
  • Air

Takde bawang merah…dah habis..biasa laa….jarang-jarang beli barang nih…pelik kan bila tau yang aku guna kiub ikan bilis nih..tapi rasa dia..sama macam ikan bilis yang ditumbuk kasar yang dicampur dalam tepung nih…sedappppp…garam pun aku tak tambah…sebab dalam kiub ikan bilis tu sendiri dah ada perasa..ada rasa masin-masin sikit…

Macam biasa…gaul la semua ni..*malas nak taip step2 dia nih…*

Lepas tu..goreng laaa…tadaaaa….

gambar diambil atas meja study…hahha…ada lampu meja dengan botol air pulak belakang tu…

Saturday, August 20, 2011

Resipi Biskut Raya #1 : Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum semua…tiba2 hari nih aku rasa nak kongsi pulak pasal nih…padahal resipi nih dah bersepah-sepah kat web2..aku pun ambik kat web mana entah..kakak aku yg nak buat sangat…aku ada la tolong sikit2…lagi pun biskut nih dah ramai orang buat…

tadi nak guna mixer, sempat la pukul butter dgn telur…tiba2 ada bau hangit pulak…mixer tu ok lg…last2 terus plan g jusco, cari mixer baru….hehehe….ok la…jom tengok ramuan2 biskut nih….

  • 190 g mentega- lembut
  • 45 g gula perang
  • 80 g gula kastor/icing
  • 220 g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil rata baking soda
  • 1 sudu kecil serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang dark choc)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 170 g cip coklat
  • 170 g badam cincang kasar- di panggang terlebih dahulu
  • 1 biji telur

Cara-cara
1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn cip coklat dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
5. Susun doh menggunakan sudu kecil di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan ketuhar masing2.

**anggaran 100 biji…

yang nih la rupa biskut nih bila dah siap….(gambar nih aku ambik sendiri lepas dah siap….cuma resipi nih sahaja dari internet…rujuk sumber dibawah…)

IMG_2800

IMG_2804

p/s: aku tukang mix, cincang badam, letak adunan atas tray….

SUMBER

Tuesday, May 31, 2011

Menu Tengah Hari | Nasi Goreng Style Aku…

Assalamualaikum semua…

Selamat tengah hari…hari ni merupakan hari terakhir aku melepak-lepak kat rumah ni…hari ni jugak la peluang aku nak memasak…esok dah start kerja..hihi…bukan kerja lama-lama pun…3 bulan je…kerja sementara untuk isi masa cuti ni je…

Ok la…aku baru je lepas masak dan makan nasi goreng nih…nasi goreng rasanya semua orang tahu masak kan?? Cuma berbeza rasa dan warna je…dan nama jugak…huhu…aku pun tak tau nak kasi nama apa kat nasi goreng yang aku masak nih sebab setiap kali aku masak nasi goreng…mesti tak sama warna dan rasa…ia berubah-ubah ikut citarasa…kali ni malas nak letak cili api…pakai perencah je…ok la…malas nak bebel lagi…jom tengok bahan-bahan yang aku guna nih…

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih untuk 2 orang makan…(terpulang la nak banyak mana)
  • Bawang putih dan bawang merah seulas..(tumbuk dengan lesung batu tau..taknak blender2..tak sedap…)
  • ikan bilis yang ditumbuk tak berapa halus…
  • Perencah nasi goreng Adabi…(nak pakai cili api pun boleh…)
  • Sayur campur
  • FishBall (sebab ni je yang ada…malas nak potong ayam…hehehe…)
  • Salad (kala nak la…kat rumah aku dah habis salad…so, letak je la tomato ceri…)
  • Minyak masak…(terlupa pulak…huhu)

CARA MEMASAK:

  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dalam 3-4 sudu besar.
  • Masukkan segala bawang tadi tu…kacau…lepas tu masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar tadi tu…masak lama sikit…lepas tu masukkan perencah…
  • Agak-agak dah sebati tu…masukkan sayur campr dan fishball….kacau la sampai rata…biar sayur tu empuk sedikit….
  • Masukkan nasi putih tadi…kacau la sampai rata….tadaaaaa….dah siap….

IMG_1806

tomato ceri tu saja2 je letak…nak makan macam tu saja pun sedap….aku malas nak letak telur sebab macam dah penuh sangat dah…malas nak goreng ikan bilis tu..saja masukkan yang dah hancur lepas tu kasi rata dengan perencah….rasa ikan bilis tu memang sedap…tak payah pakai serbuk pati ikan bilis yg ada jual tu…senang je…

P/s: nasi goreng yang aku masak ni style aku…sebarang bantahan terhadap resipi ini tak diambil kesah dan tidak dilayan…sebab bukan nak jual pun…(entah boleh jual ke tidak…errkk..)

Wednesday, May 25, 2011

Menu tengah hari…Mee Goreng Style Aku…

Assalamualaikum semua…

Lama dah rasanya tak buat entri mengenai masak-masak nih…kali terakhir aku buat rasanya aku cerita pasal pasta…kali nih aku masak mee goreng style aku sendiri dengan bahan-bahan yang sedia ada kat dapur rumah aku nih…hehehe….bantai je la apa yang ada…

Buka peti sejuk…tengok sayur yang ada, sayur yang beli kat Cameron Highlands Sabtu lepas…brokoli, salad, lada benggala, tomato ceri, asparagus….HUH!!! macam mana nak masak nih…semuanya tak matching nak masuk kat dalam mee goreng..kalau salad tu boleh la aku hias n makan nanti…huhu…tomato ceri pun boleh la jugak makan bila dah siap mee tu nanti…tengok kat satu compartment lagi..ade kacang panjang dengan sayur campur(kacang peas+jagung+carrot)…sawi dengan kobis dah habis guna semalam…huhhu…hurrmmm…ok la…bantai je la yang nih…yang penting aku dengan mak aku je yang makan….

ok la…dah bebel panjang…masak tak jugak…nanti jadi macam si MAN dalam Maharajalawak pulak…bebel je sampai tak cukup masa nak masak…hihihih…

BAHAN-BAHAN:..

  • 3 keping mee kering yang ala2 maggi tu…(direndam dahulu…)
  • 2 biji telur yang digoreng tak berapa hancur..
  • 2 batang sosej ayam yang dipotong kecik2…digoreng dahulu..(saje letak, sebab malas nak potong ayam..)
  • perencah Bihun Goreng brand ADABI…(untuk mee takde…hehee)
  • bawang putih yang ditumbuk kasar
  • cili blender
  • kacang panjang yang dipotong tak berapa pendek..
  • sayur campur (kacang peas+jagung+carrot)
  • gula dan garam secukup rasa..
  • kicap dan sos cili..(letak ikut citarasa…aku tak letak pun sos, terlupa..hihi)
  • salad dan tomato ceri (bukan hiasan semata-mata…kena makan, jangan bazir…huhu)
  • lupa pulak…minyak masak…haha…

CARA MEMASAK:..

  1. Masukkan minyak dalam 4 sudu besar, tunggu panas, then masukkan bawang putih..dah naik bau, masukkan perencah dengan cili blender pulak…aku suka pedas2..aku letak cili lebih2 sikit…hihi..
  2. Agak2 dah pecah minyak tu, masukkan kicap dan sos cili…dan sedikit gula dan garam secukup rasa….rasa dulu..kalau dah ok, masukkan kacang panjang dan sayur campur tu…kasi empuk sikit…
  3. Masukkan telur goreng tadi dengan sosej…kacau sampai rata…then last sekali…masukkan mee…hehehe..kacau sampai rata…tadaaa…dah siap!!!

IMG_1650

dalam gambar nih, terlupa nak letak tomato ceri…hihihi

P/s: mee goreng ini style aku…sebarang bantahan terhadap resipi ini tak diambil kesah dan tidak dilayan…sebab bukan nak jual pun…(entah boleh jual ke tidak…errkk..)

Tuesday, May 3, 2011

Majlis Kahwin Ujang…

Assalamualaikum…

lama dah tak update…saje je nak biarkan blog aku nih bersawang…hahaha…kali nih aku nak post tentang majlis perkahwinan Ujang dengan Yana yg berlangsung semalam..tp yang nih belah si Ujang…belah Yana tak pegi la…haha…dah jadi tempat gathering pulak….huhu…malas nak membebel panjang….mula2 kumpul ramai2 kat Mc D Bangi…then aku pun sempat la membeli McFlurry dengan kentang goreng…alas perut sementara nak bedal kat kenduri nanti…ada yang sbelum nih aku dh pernah jumpa…ada yang belum..baru kenal semalam….dah ada semua…terus gerak ke rumah Ujang…lepas bedal sedikit nasik…ambil gmbar byk2…pastu g Alamanda pulak….alang2 dah ada ramai2 kan..so, apa salahnya jalan2 kejap…ok…kena fokus untuk exam last paper hari khamis nih pulak…

kat mcD bangi…

duk sebelah artis nih, Cik Bulat…jgn main2….haha…

antara yang turut hadir….

sempat lagi buat Vlog….

Ujang ngan Yana pun buat Vlog kejap…

bergambar dengan pengantin…

image

salam dengan Ujang…kaki yg aku dapat???!!!

image

kat Alamanda…pemilik gmbar..---> aizuddin

Tuesday, April 19, 2011

Steamboat @MAEPS…

Assalamualaikum semua…

bluurrrppp…alhamdulillah…kenyang sudah aku malam nih…baru je balik dari Restoran MAEPS…berparti steamboat tadi…macam mana pun aku sangat-sangat puas…puas hati…fresh2 semua seafood tu…harga pun takde la mahal sangat…RM21 seorang termasuk cukai…makan la banyak mana yang kita nak…buffet kan…

ada ABC..ada ais krim…ada makanan biasa2 yang selalu kita makan malam-malam macam nih kan….seafood tak payah cakap la..semuanya fresh2 belaka…tak sia-sia makan kat sana tadi…aku makan bersama-sama dengan 6 orang lagi kawan2 aku…pada perancangan awal..sebenarnya 4 orang je…tup2 tiba2 bertambah pulak….lagi meriah kan?? hahaa….

tak banyak mana gambar yg aku sempat ambik..ye la…semua sibuk kepit makanan sana sini kan….termasuklah aku…hehehe…ok..lepas nih kena sibukkan diri dengan buku2 pulak…nih saje2 je makan ramai2 nak release tension….minggu depan dah final exam..jangan buat2 lupa pulak ye kawan2….heheheheSmile with tongue out

IMG_1021

antara barang2 steamboat yang sempat aku ambil tadi….

IMG_1025

makan dengan penuh gaya….

IMG_1027

makan cover2….

IMG_1022

tomyam & sup biasa…

IMG_1030

tiba masa untuk balik…..

TOLONG!!! Ada Orang ‘CARI’ Aku…!!!

Assalamualaikum semua….

Letih betul sehari suntuk mengadap buku yang entahkan masuk entahkan tidak apa yang aku baca tadi….huhhh!!! Lama dah tak update blog nih…saja biar bersawang…maklum lah…busy…busy la sangat kan…Nampak beno nipunya…ok la…aku pun tak tau yg ada orang tengah cari aku tiba-tiba pulak…aku ada buat jahat kat dia ke?? siapa dia?? aku pun tak kenal….ni haaa…agak-agak siapa la ye….

image

apa la yang agaknya ada pada aku ye sampai orang nak cari…ari tu lagi la…siap ade keyword nama penuh aku lagi….huhuhu….menakutkan….update tak berapa nak update entri nih…sebab tengah tak sihat…baru je sembuh sakit tekak yang menusuk hingga ke dada….sekarang nih hidung pulak…selesema….nak bau makanan pun tak dapat….hilang nikmat…huhuhu….pape pun…kejap lagi nak dinner kat RESTORAN MAEPS…nak makan steamboat sampai kenyang!!!!….hehehe…..lama dah tak makan steamboat….*padahal baru hari tu makan ramai2 kat rumah atas…*

Friday, March 25, 2011

Steamboat Orang Bujang…

Assalamualaikum semua….

Sepatutnya entry nih dah publish malam tadi..tetapi disebabkan kekenyangan terlampau…so, tak dapat nak publish malam tadi…hehehe….

Malam tadi aku dengan member2 aku menjalankan 1 operasi ala2 makan besar la jugak…haha…tetapi tetap enjoy dan puas…sebab masak sendiri tau…walaupun simple..apa ktorang kesah kan?? ktorang jugak yang makan nanti..bukannya orang lain kan??? hehehe…lepas maghrib malam tadi…kami bertolak ke Giant The Mines..duduk la berhimpit dalam kereta Kancil member aku sorang nih….5 orang…masing-masing makan space kat seat blakang..hahah…

dah selesai beli…sampai kolej je…terus mulakan operasi….jeng3!!!!

IMG_0357

nih baru je mula masak…pakai kuah tomyam…hehehe….bersih je nampak bekas nih….tapi..bila dah start nak makan…masing-masing jadi “orang lain”..biasa la..lelaki kan…time makan..mesti makan sungguh-sungguh…Smile with tongue out

IMG_0363

haaaa..tengok tu..sampai kering dah periuk tu…punya la pelahap masing-masng…termasuk aku…*aku dalam gambar..2 dari kanan….hehehe*Hot smile

IMG_0369

haaa…tengok periuk tu…nih round ke berapa entah la…memang ktorang masak banyak kali..sebab bahan dia banyak sangat-sangat….aku surrender bila dah round ke-3…hehehe….tapi apa yang pasti…tiada pembaziran berlaku…habis licin periuk tu kami kerjakan….Thumbs up

sekali-sekala seronok jugak kan makan ramai-ramai macam nih…bukannya dapat selalu pun….Laughing out loud

Saturday, March 12, 2011

Dinner: Pasta lagi???

Assalamualaikum semua…

hehehe…hari nih kerja yang aku buat kat rumah nih masak, makan, makan & makan je…hahahah….puas betul!!! malam nih punya ada penambahbaikan daripada yang lunch tadi….

IMG_0142

yang malam nih punya…nih la bahan-bahan yang aku guna…biasa-biasa je…

  • pasta bentuk spiral…(bosan guna spaghetti….hehehe)
  • sos pasta
  • sosej (potong kecik2 ikut suka hati….)
  • daging cincang
  • brokoli (celur dulu..baru sedap)
  • sedikit minyak masak

nak tengok yang lunch untuk tengah hari tadi??? sila klik sini ye…

Sunday, March 6, 2011

Menu malam ini…

Assalamualaikum semua….Smile with tongue out

hurmmmm…dah lama rasanya tak update blog nih…semalam sepi tanpa 1 enytr pun…sebab busy nak siapkan assignment..ada 2 lagi report assignment yang belum siap…ada masa lagi…buat slow-slow…tak nak kelam-kabut…tak nak buat last minute…hehehe….tadi aku curi masa kejap pergi The Mines sorang-sorang…hehehe…saja je…bebas berjalan sorang-sorang…sekali-sekala apa salahnya kan???bukan ada ape-ape pun kat The Mines tu…sebab dah selalu sangat pergi…dah dekat je dengan UPM…itulah tempat biasa student-student UPM jalan-jalan selain Mid Valley & Alamanda…ada jugak student UNITEN & KLIUC..kampus dorang pun tak jauh dengan UPM… aku rasa nak makan sesuatu yang sebelum nih aku lalu je kat depan kedai dia…tapi kali nih aku pasang niat nak beli 1….hehehe…nak merasa kononnya…teeettt!!!Be right back

IMG_0080

aku beli sandwich kat SUBWAY….harga tu rahsia…korang mesti dah tau kan???kenyang habis…lain kali kalau nak beli nih, kena perut kosong tau…hehehe…

Tuesday, February 8, 2011

Ada bau orang masak-masak la kat sini….bau kari…

 

assalamualaikum semua…dah makan malam???Laughing out loud

hehehe…aku tercari-cari…dari anakah datangnya bau kari yang sedang dimasak kat dapur tu??? aku tinggalkan kejap SB nih…jenguk ke dapur….mak aih!!! memang surprise!!! senior aku nih masak kari ayam tu!!! sayang kat korang lebih lah…!!!Surprised smile

kebetulan aku tengah lapar…hehehe…macam tau2 je…aku jenguk ke dapur tadi…nih masak macam untuk sepuluh orang makan nih….kat rumah nih ada dalam 6 orang je….hehehe..terima kasih la banyak2…aku hanya mampu menyumbangkan barang2 kering je..macam gula..garam..tu je..yang lain..aku bagi biskut kering..the Lipton…tu je yang aku mampu….

ok2…jom kita tengok kat dapur…--->

DSC01666[1]DSC01667[1]DSC01668[1]

aku ambil seketul je ayam kat kari nih..segan nak ambil banyak-banyak…bukan aku keluarkan duit pun…hehehe….makan dengan nasi putih…yeah!!! malam ni aku dapat berjimat lagi!!! lain kali aku pulak yang mask ek…errkkk…aku memang suka masak sebelum nih…dulu aku kat kolej 13, selalu je masak..sekarang nih, bila duduk ngan senior kat kolej 17…aku dah makin segan nak usik dapur gas dorang tu…hehehe..Confused smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat