Showing posts with label Anonymous. Show all posts
Showing posts with label Anonymous. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Cik ANON: baik VS nakal…

Assalamualaikum semua…Hot smile

hurmmm…tiba-tiba rasa nak cerita pasal si Anonymous nih pulak dah…aku bukan apa..sebab kadang-kadang mereka nih ‘baik’ dan kadang-kadang ‘nakal’….nakal?? aku guna perkataan nakal sebab dorang nih suka je usik si pemilik blog tu…haha..dorang tak jahat…mungkin dorang saja-saja je kot nak kacau….tapi ada jugak yang kacau sampai jatuhkan maruah blogger tu…hah…macam mana tu?? ni dah kes lain dah nih….Disappointed smile

Antara ciri-ciri Cik Anon yang baik aku pernah namapk komen dia kat blog orang lain adalah seperti meninggalkan komen yang membina…beri pendapat yang bernas…komen tak berunsur memalukan seseorang…Thumbs up

yang nakal nih pulak, komen dia kadang-kadang boleh bikin gaduh…boleh memalukan seseorang..dan kadang-kadang ada yang siap tutup blog lagi bila si Anon nih komen yang bukan-bukan…ada sesetengah blogger nih layan je komen si Anon nih…sebab mereka terima je…dan ada yang hentam balik…itu lain cerita la kan….ada je orang kata si Anonymous yang komen benda2 yang negatif nih pengecut..tak nak tunjuk identiti…haha..aku setuju…kalau dah komen gila-gila tu..tunjuk la rupa kan?? baru la betul..nih tak…main nyorok-nyorok pulak dah…Thumbs down

hahaha..kadang-kadang tu aku nak tergelak pun ada jugak…ada siap tinggal nama…tapi tak tinggalkan link blog…sama je la dengan si Anonymous tu…contohnya dalam entry si UJANG nih….aku gelak sambil guling-guling bila baca komen seseorang tu…hahaha…si Ujang pulak layan je..hahaha…

Saturday, February 5, 2011

Cik 'Anon' buat kacau...???

WASHINGTON: Kumpulan penggodam online global dikenali sebagai ‘Anonymous’ mengalih perhatian mereka ke arah Yaman selepas melakukan serangan siber ke atas laman web kerajaan Tunisia dan Mesir.
Laman web Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, presidentsaleh.gov.ye, tidak dapat ditembusi kelmarin selepas anggota Anonymous menggesa serangan dilancarkan ke atas alamat web itu.
Luis Corrons, pengarah teknikal di PandaLabs, makmal pengesan malware untuk syarikat keselamatan komputer Panda Security, berkata anggota Anonymous ‘rasa mereka perlu menyokong rakyat negara terbabit.’ 

“Ia adalah perkara yang berlaku di seluruh dunia. Mereka fikir matlamatnya ialah memperoleh kebebasan untuk negara terbabit,” katanya lagi. 

Valleywag, sebuah blog Lembah Silikon dimiliki rangkaian Gawker, berkata serangan siber ke atas laman web rasmi kerajaan Yaman digelar ‘Operasi Yaman’ dalam ruang sembang Anonymous. 

Beribu-ribu penduduk Yaman melancarkan protes tunjuk kemarahan di Sanaa kelmarin sebagai menentang Saleh ketika bantahan ke atas Presiden Mesir Hosni Mubarak berterusan di Kaherah. 
Serangan ke atas laman web Yaman itu berlaku sehari selepas ‘aktivis penggodam atau hacktivist’ Anonymous meneruskan serangan ke atas parti pemerintah Mesir Parti Demokratik Nasional, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan lain. 

Penggodam mula menyerang laman web kerajaan Mesir 26 Januari lalu, menurut pakar komputer, sebagai sebahagian kempen digelar ‘Operasi Mesir’ sebelum pihak berkuasa menutup internet di sana. 

Serangan rawak dinamakan Tindakan Menyekat Perkhidmatan (DDoS) ke atas laman web rasmi Mesir diteruskan Rabu lalu selepas negara itu menyambung perkhidmatan internet. 

“Selamat datang ke Internet #Egypt. Penerimaan baik http://www.moiegypt.gov.eg – anda jangan berganjak,” kata anggota Anonymous dalam ruangan Twitter @AnonymousIRC. 

Serangan Anonymous bulan lalu menyebabkan laman web rasmi kerajaan Tunisia, ditutup termasuk laman pasaran saham dan web lain ketika satu kebangkitan popular menyebabkan penyingkiran diktator negara itu. 

Dalam satu serangan DDoS, banyak komputer diarahkan untuk melawat secara serentak satu laman web, membebankan pelayannya, melambatkan perkhidmatan atau menyebabkannya terputus hubungan sama sekali. 

Disember lalu, anggota Anonymous menyerang laman web Amazon, PayPal, Mastercard, Visa dan lain kerana menarik balik perkhidmatan mereka dalam WikiLeaks, laman web anti-kerahsiaan. – AFP 





SUMBER...---> BHARIAN
ulasan aku: huhuhu...memang bahaya la si Anon nih....ade2 je...ade yg ok, de yg x ok...yg ok tu xpe...x kacau orang...yg nih lain pulak ceritanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat