Showing posts with label ulasan berita. Show all posts
Showing posts with label ulasan berita. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Kursus Perubatan Dibekukan???…

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016.
student summits 020808 khaled nordin

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai.
"Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Pembangunan Profesional-Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) dengan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (PPBM) serta melancarkan program IPD-OUM dan PPBM di Kuala Lumpur hari ini. IPD-OUM diwakili Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr Mansor Fadzil manakala PPBM diwakili presidennya Kwan Foh Kwai.
Mohamed Khaled berkata sehingga 31 Jan, terdapat sebanyak 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda.

NONE

Katanya walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah sebanyak 47 kursus kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada satu program.
"Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (Indonesia) pada 2006 dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009)," katanya.
Katanya daripada 33 IPT terbabit, 17 IPT telah diberi pengiktirafan membabitkan lapan IPT Awam dan sembilan IPT Swasta.
- Bernama

SUMBER

komen aku : sepatutnya kerajaan kena kawal penawaran kursus perubatan di IPTS sebab dah banyak sangat IPTS yg mnawarkan kursus perubatan nih…tapi kualiti itu belum tentu terjamin…tapi bukan ke sekarang negara kekurangan doktor??

p/s : yg sedang memikirkan untuk sambung pengajian dlam bidang perubatan nih..apa kata anda ubah sikit…sambung dalam bidang perubatan veterinar..sebab demand yg tinggi…bila dah habis belajar, mmg konfem ada kerja…hanya sedikit sahaja graduan dlam bidang veterinar di Malaysia nih…

Friday, April 8, 2011

Telur Ayam Tiruan Di Pulau Pinang??!!

Alangkah uniknya manusia yang semakin bijak nih…telur ayam pun nak buat yang tiruan…semakin maju dunia nih, semakin pelik-pelik ciptaan manusia nih…yang tak tahan tu…saiz telur ayam tiruan nih lebih besar daripada telur ayam gred A…huhuhu…kenapa sampai begitu sekali ye….rugi bisnes ternak ayam penelur nih…(layer--> ayam penelur, broiler—> ayam pedaging). Yang peliknya…macam mana telur ayam tiruan nih boleh masuk pasaran?? takkan la diluluskan pulak kan…Mana penguatkuasaan?? renung-renungkan…

Dari info yang terdapat dalam akhbar tempatan mengatakan bahan kimia yang digunakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan apabila memakannya seperti mengganggu metabolisme badan, merosakkan sel dan saraf otak dan mengganggu fungsi hati.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. Kerajaan cepat-cepat la ambil tindakan ye…haramkan penghasilan dan penjualan telur ayam tiruan nih….menakutkan…

image

yang sebelah kanan tu telur ayam yang tiruan…

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu….

Diadaptasi daripada: MALAYSIAKINI

Adakah orang yang berjaya hasilkan telur ayam tiruan nih berjaya hasilkan telur ayam tiruan macam kat dalam link nih??? http://ninenov91.blogspot.com/2010/11/ayam.html

Tuesday, April 5, 2011

Program Elak Bunuh Diri??

Assalamualaikum….

USM bangunkan program elak remaja bunuh diri

image

Tools 4 Teens didik pelajar cara hadapi cabaran hidup
GEORGETOWN: Insiden seorang pelajar perempuan membunuh diri, Februari lalu, menjadi pendorong kepada Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan program dikenali 'Tools 4 Teens' bagi membendung perbuatan itu daripada terus berlaku.
Lee Li Cheng, 17, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Phor Tay, Sungai Dua di sini, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Jelutong, pada 25 Februari lalu.

Selepas diminta bantuan oleh sekolah itu, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM memulakan inisiatif untuk membantu dan mendidik pengurusan sekolah bagi mena-ngani masalah berkenaan di kalangan pelajar. USM membangun program itu dengan bantuan pakar psikiatri Hospital Pulau Pinang, hospital swasta, Persatuan Kaunseling dan Psikologi Pulau Pinang serta kaunselor sekolah. Program 'Tools 4 Teens' mempunyai tiga modul latihan iaitu Kemahiran Mengendalikan Cabaran Hidup, Kestabilan Emosi serta Harga Diri dan Suara Hati Yang Positif.

Bercakap pada sidang media di SMJK Phor Tay di sini, semalam, Timbalan Naib Canselor USM (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Susie See Ching Mey, berkata program itu bertujuan mendidik pelajar mengenai cara menghadapi cabaran hidup.
Selain itu, ia juga menekankan ilmu mengenai harga diri, kestabilan emosi dan cara mengendali cabaran hidup demi kepentingan diri sendiri.
Beliau berharap program itu dapat diterima kaunselor sekolah untuk melatih pelajar mereka supaya membina kekuatan dalaman bagi menghadapi sebarang cabaran harian.
“Program ini akan membantu pelajar menggunakan aspek positif untuk menjadi kuat dan tabah,” katanya mengesahkan ia program yang pertama seumpamanya di negara ini.
Mengulas lanjut, Ching Mey berkata, pihaknya dengan kerjasama pakar psikiatri juga akan mengendalikan bengkel di sekolah menggunakan modul latihan berkenaan.

berita penuh di BHARIAN

Ulasan….---> Bagus jugak ada program nih…tapi semuanya bermula dengan diri sendiri…pegangan agama kena kuat…tak ada agama yang mengajar penganutnya membunuh diri untuk mengelakkan masalah…betul kan??…
 

Friday, March 25, 2011

Gempa Bumi di Myanmar | Berukuran 6.9 skala Richter

Assalamualaikum…info terkini…

Gempa bumi 6.9 skala Richter gegar Myanmar malam ini

KUALA LUMPUR 24 Mac - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada pukul 9.56 malam ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa itu berpusat di 1,613 kilometer dari Barat Laut Kangar, Perlis. Jabatan itu sedang memantau perkembangan gempa bumi itu dan akan memaklumkan situasi terkini kejadian itu. – Utusan

SUMBER: UTUSAN

____________________________________________________________________

 

Sempadan Myanmar dilanda gempa 6.8 magnitud

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat 6.8 magnitud melanda sempadan Myanmar berhampiran China, Laos dan Kemboja, 10 malam tadi (kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan) dengan gegaran dilaporkan sehingga Bandaraya Bangkok.
Kejadian itu dilaporkan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) sebentar tadi.

SUMBER: BHARIAN

Thursday, March 17, 2011

Gempa Bumi di Jepun | Peningkatan Kadar Radiasi

TOKYO: Jepun belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat. Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk.

Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo. Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah.
“Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan,” kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.
Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).
Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.

Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi. Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.
Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah. Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.
Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang. Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.
Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada. Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.
Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945. – Reuters

SUMBER: BHARIAN

p/s: sama-sama kita mendoakan mereka sentiasa selamat…sepertimana khabar mengatakan hujan radiasi tidak akan melanda Malaysia..apa salahnya kita sentiasa berhati-hati dan elakkan terkena hujan…tak susah kan??

Wednesday, March 16, 2011

Gempa Bumi di Jepun | Dua Letupan Terbaru Loji Reaktor Nuklear

ASSALAMUALAIKUM semua….

TOKYO: Loji nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh berikutan gempa bumi mengalami kebocoran radiasi yang serius semalam berikutan dua letupan baru dan satu kebakaran ketika kakitangan di tapak berkenaan bertungkus lumus mengelak kebocoran.
Krisis nuklear terbesar negara itu semakin buruk setiap hari berikutan empat daripada enam reaktor di loji nuklear Fukushima mengalami letupan hidrogen sejak gempa bumi melanda wilayah Tohoku Jumaat lalu.

Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) mengarahkan 800 kakitangannya berpindah dari loji terbabit tetapi meninggalkan 50 yang lain untuk mengepam air laut ke reaktor dalam usaha yang disifatkan terdesak untuk menyejukkan tiga daripada empat reaktor dan berusaha untuk mengelak pembocoran teras.

image

Dalam satu taklimat malam kelmarin, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui adanya risiko tiga daripada empat reaktor terjejas itu boleh mengalami kebocoran. Namun Kazuhiko Maekawa, profesor madya di Universiti Tokyo semalam berkata walaupun senario ini mungkin berlaku, sekurang-kurangnya pada masa sekarang, ia adalah berbeza dengan kebocoran teras di Chernobyl pada 1986 di Ukraine yang membabitkan letupan nuklear berskala besar.
Walaupun kebocoran berlaku, ia masih dalam keadaan cecair, kata Maekawa. Jika reaktor utama tidak musnah secara keseluruhan, bahan radioaktif membawa maut masih kekal dalam kawasan reaktor, katanya.
“Dalam insiden di Chernobyl, letupan merebak bahan nuklear yang mengandungi debuan maut dan mencemarkan kebanyakan penduduk,” kata Maekawa, seorang kaunselor Persatuan Penyelidikan Keselamatan Nuklear, menolak satu letupan seumpama itu di Fukushima.
“Jika anda berjaya menghalang kebocoran, kemungkinan pencemaran radioaktif berskala besar adalah rendah. Penduduk tempatan perlu terus tenang dan tidak panik,” katanya. – Agensi

SUMBER: BHARIAN

Letupan Reaktor Nuklear di Jepun | Peningkatan Kadar Radioaktif

TOKYO 15 Mac - Keadaan panik menyelubungi bandar raya Tokyo hari ini selepas tahap radioaktif dari loji-loji tenaga nuklear di negara ini terus meningkat ekoran gempa bumi pada Jumaat lalu. Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk mengambil tindakan meninggalkan bandar ini selain menyimpan pelbagai bekalan terutama makanan.

Beberapa kedutaan menasihati kakitangan dan warganegara mereka meninggalkan bandar raya ini, para pelancong memendekan percutian manakala syarikat multinasional menggesa kakitangan mereka bercuti atau menimbang beroperasi di luar bandar. Sebuah pasar raya di daerah Roppongi, Tokyo, Don Quixote kehabisan stok termasuk radio, lampu suluh, lilin dan beg tidur, hari ini setelah penduduk 'menyerbu' pasar raya itu.

image

Wartawan asing yang membuat liputan berhubung gempa bumi dan tsunami di Sendai sejak Jumaat lalu, juga telah pulang ke negara masing-masing. Syarikat mencari pekerjaan Britain, Michael Page International juga akan ditutup pada minggu ini.''Saya akan pergi ke Singapura esok dan bekerja di cawangan kami di sana,'' kata salah seorang daripada kakitangan syarikat itu.

Kyodo News berkata, tahap radiasi di Tokyo dan Saitama adalah 40 kali ganda daripada peringkat normal, masih belum berbahaya kepada manusia namun cukup menimbulkan panik di bandar yang dihuni oleh kira-kira 12 juta orang. Pegawai Pejabat Kaji Cuaca berkata, angin kini bertiup perlahan ke arah barat daya termasuk Tokyo tetapi akan berubah ke arah barat pada lewat petang ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan memberi amaran tahap radioaktif tinggi di sekitar loji tenaga nuklear selepas berlaku letupan di dua buah reaktor.Beliau berkata, risiko kebocoran lebih banyak radiokaktif semakin meningkat. - Reuters

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, March 15, 2011

Terkini: Gempa Bumi di Jepun | Letupan Reaktor Nuklear

Assalamualaikum semua….

Laporan terkini mengenai gempa Bumi di Jepun: Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

image

“Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co. Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan. Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan. – AFP

SUMBER: BERITA HARIAN

_____________________________________________________________________

Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.

Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara. Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.

Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak. Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.

Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk. Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.

Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun | Letupan Loji Nuklear

Assalamualaikum semua…

Berikutan gempa Bumi dan Tsunami yang melanda Jepun, ramai yang terkorban dan tersepit dicelah-celah runtuhan bangunan. Sehingga kini pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar mayat mangsa yang terkorban…

Kini terdapat ancaman terbaru iaitu berkenaan letupan loji nuklear di Fukushima. Pihak berkuasa Jepun berusaha mencegah satu lagi ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun.

Ancaman yang dihadapi Jepun itu dibimbangi boleh mengulangi bencana nuklear di loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986, selepas bahan radioaktifnya dilepaskan ke udara dalam satu letupan kuat. Sekurang-kurangnya 32 maut akibat kesan secara langsung letupan dan 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif. Lebih 120,000 yang lain terpaksa dipindahkan, sementara tahap pencemaran radiasi turut diukur sejauh barat Eropah. Semalam, beribu-ribu penduduk di bandar sama dipindahkan berikutan letupan dan kebocoran yang berlaku di pusat reaktor No.1 di Fukushima, kira-kira 240 kilometer di utara Tokyo.

image

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Wednesday, February 9, 2011

PANAS!!! Blogger terkenal dalam KOSMO! hari ini!!!

assalamualaikum semua…Winking smile

tadi…aku pergi kat koperasi UPM nih…selalunya aku akan beli berita hairan harian…tapi hari nih aku nak beli KOSMO!…sebab ada berita panas!!! ahahhaa…..aku baca sambil makan nasi lemak kat kafe sebelah bangunan admin tadi…sekarang kat library…70 sen je harga untuk pelajar IPT…tapi masih ada yg tak tahu lagi…

DSC01671[1]

korang semua mesti beli KOSMO! hari nih….wajib!!! kita patut bangga sebab dunia blogging nih dah semakin terkenal dan popular….dah2…aku tak nak bebel…nak sambung baca berita nih…Smile with tongue out…jenguk sekali blog nih---> eqbalzack.com

DSC01670[1]DSC01669[1]

Saturday, February 5, 2011

Cik 'Anon' buat kacau...???

WASHINGTON: Kumpulan penggodam online global dikenali sebagai ‘Anonymous’ mengalih perhatian mereka ke arah Yaman selepas melakukan serangan siber ke atas laman web kerajaan Tunisia dan Mesir.
Laman web Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, presidentsaleh.gov.ye, tidak dapat ditembusi kelmarin selepas anggota Anonymous menggesa serangan dilancarkan ke atas alamat web itu.
Luis Corrons, pengarah teknikal di PandaLabs, makmal pengesan malware untuk syarikat keselamatan komputer Panda Security, berkata anggota Anonymous ‘rasa mereka perlu menyokong rakyat negara terbabit.’ 

“Ia adalah perkara yang berlaku di seluruh dunia. Mereka fikir matlamatnya ialah memperoleh kebebasan untuk negara terbabit,” katanya lagi. 

Valleywag, sebuah blog Lembah Silikon dimiliki rangkaian Gawker, berkata serangan siber ke atas laman web rasmi kerajaan Yaman digelar ‘Operasi Yaman’ dalam ruang sembang Anonymous. 

Beribu-ribu penduduk Yaman melancarkan protes tunjuk kemarahan di Sanaa kelmarin sebagai menentang Saleh ketika bantahan ke atas Presiden Mesir Hosni Mubarak berterusan di Kaherah. 
Serangan ke atas laman web Yaman itu berlaku sehari selepas ‘aktivis penggodam atau hacktivist’ Anonymous meneruskan serangan ke atas parti pemerintah Mesir Parti Demokratik Nasional, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan lain. 

Penggodam mula menyerang laman web kerajaan Mesir 26 Januari lalu, menurut pakar komputer, sebagai sebahagian kempen digelar ‘Operasi Mesir’ sebelum pihak berkuasa menutup internet di sana. 

Serangan rawak dinamakan Tindakan Menyekat Perkhidmatan (DDoS) ke atas laman web rasmi Mesir diteruskan Rabu lalu selepas negara itu menyambung perkhidmatan internet. 

“Selamat datang ke Internet #Egypt. Penerimaan baik http://www.moiegypt.gov.eg – anda jangan berganjak,” kata anggota Anonymous dalam ruangan Twitter @AnonymousIRC. 

Serangan Anonymous bulan lalu menyebabkan laman web rasmi kerajaan Tunisia, ditutup termasuk laman pasaran saham dan web lain ketika satu kebangkitan popular menyebabkan penyingkiran diktator negara itu. 

Dalam satu serangan DDoS, banyak komputer diarahkan untuk melawat secara serentak satu laman web, membebankan pelayannya, melambatkan perkhidmatan atau menyebabkannya terputus hubungan sama sekali. 

Disember lalu, anggota Anonymous menyerang laman web Amazon, PayPal, Mastercard, Visa dan lain kerana menarik balik perkhidmatan mereka dalam WikiLeaks, laman web anti-kerahsiaan. – AFP 





SUMBER...---> BHARIAN
ulasan aku: huhuhu...memang bahaya la si Anon nih....ade2 je...ade yg ok, de yg x ok...yg ok tu xpe...x kacau orang...yg nih lain pulak ceritanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat