Assalamualaikum semua…
2 hari lagi exam aku akan bermula….mungkin ini adalah post terakhir aku sebelum aku stop untuk seminggu….ok la…aku nak kongsi sikit pasal tulisan tangan yang tiap2 hari kita tulis guna tangan nih…mungkin ramai yang dah pernah baca kan…saja je aku nak kongsi…aku pun tak berapa pasti dengan apa yang aku dapat nih…mungkin ini hanya kajian kot…tak perlu nak percaya kan…heheheh
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
tengok aku punya tulisan pulak…agak2 kat kategori mane la ye…aku pun tak pasti….tapi tulisan au sentiasa berubah ikut mood…yang nih selalu aku guna….
**nota ‘prinsip pengurusan’ untuk exam hari isnin ni…
23 kata-kata blogger:
ok...aku rasa tulisan ko sgt smart!! huruf "F" ko tu aku rasa mcm mahal...tulisan aku sebijik-sebijik...mcm budak keciK! HAHAHAH
Muahaha.. omg.. amat kena ngan diri aku ...Muahahaha.. ramai org cakap tulisan aku cantek.. wahh..!!! haha
rajin buat nota noo...
tulisan aku buruk gile :( cemane?
haha..tulisan aku tekan sampai berbekas.. tapi cepat letih bila buat macam tu.. bulat2, yes, haha.. dan melembabkan cara pnulisan aku..
sadis =,'
aku tak sanggup tulis cicok2 even nota!! haha..
susah gak tu tgk nota awak ni huhu... good luck!
prinsip pengurusan??
aku rase cam same jer ngan kemahiran penyeliaan aku...
tulisan aku bersambung tapi huduh, tak macam org dulu2 pnye bersambung.HAHAHA
lawa tlisan ko
cantik...tulisan akak tak cantik.malu arr nak bg tengok
tulisan aku macam JANTAN ^^
tulisan tangan aku macam haram. nasib baek ada teknologi membetulkan urat saraf tangan aku.
woah tulisan die ~
lawa tulisan awak, mseti awak ni jejaka yg cemerlang. muahaha !
makkkk aihh!aku suka tengok tulisan ni.cantekkkk,smart!
lawa jugak tulisan hg.. heheh..
cantik tulisan
tulisan yg sangat2 diidamkan..tapi byk kali blatih x jadi jugak....hii....
all da best in ur exam... :)
xde langsung ciri2 tulisan sy... :(
abg eq dah abes final exam semalam..legaaa...
skrg nak fokus research proposal dan conference...jadual padat! kalah PM..hehe
Lawa siot tulisan Zamir!
i menikmati persis bagaimana Anda menerima tingkat Anda sepanjang
improve search engine ranking improve seo backlink service how to build backlinks
Post a Comment