Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Pastry Pokok Duit

Assalamualaikum…Lama dah tak update blog nih rasanya…

Tiba-tiba pagi nih terasa nak update lepas mencuba sesuatu yang menarik daripada blog Mat Gebu. Dah lama aku plan nak cuba buat benda ni, baru la hari ini ada kesempatan nak cuba… Jom tengok apa itu pastry pokok duit…

Tak mahu membebel panjang-panjang, sebenarnya resipi nih diambil daripada blog Mat Gebu … Aku rujuk semuanya kat sana, beli barang ni pun baru petang semalam. Jom tengok bahan-bahan dia:-

  • Puff pastry bersaiz kecil
  • Sosej ayam/daging (mengikut citarasa)
  • Kuning telur untuk disapu di atas pastry
  • Sedikit tepung gandum u(ntuk mengelakkan pastry melekat pada papan canai)
  • Sos cili

Cara-cara membuatnya:-

  • Puff pastry dibiarkan lembut sedikit sebelum dicanai mengikut saiz sosej yang anda gunakan. Sosej digulung selepas pastry dicanai mengikut panjang sosej yang anda gunakan.

  • Kerat hingga putus sosej yang bersalut dengan pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolakkan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat keadah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar (resipi asal). Tapi aku potong lebih sedikit, aku potong 12 sebab nak hasil yg nipis sedikit, terpulang banyak mana yang anda nak kerat.

sumber gambar: http://www.tiffinbiru.com/2010/12/pastry-pokok-duit.html

  • Susun di atas dulang pembakar. Kemudian, sapukan sedikit kuning telur. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 20 - 25 minit. Hidangkan bersama sos pilihan anda sama ada sos cili ataupun sos lada hitam.

sedikit perubahan aku lakukan kat resipi ini mengikut citarasa aku. Aku sapukan sedikit sapuan mentega bawang putih (garlic spread) semasa ia separuh masak. Hasilnya, pastry pokok duit ini ada sedikit rasa bawang putih.. sedappp… selamat mencuba.. tak susah pun buat pastry pokok duit nih… Pizza

Wednesday, December 21, 2011

Program Asasi Sains Pertanian UPM : Kini Dengan ‘Laluan Pantas’

Assalamualaikum..

Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM ditubuhkan pada tahun 2005 untuk memberi peluang pelajar menyambung pelajaran dalam bidang pertanian…Bermula hujung tahun ini, bakal ada pengambilan untuk pelajar2 yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM…

“Program Asasi Sains Pertanian – Laluan Pantas telah mendapat kelulusan bagi penawaran semester pertama mulai Januari 2012. Penawaran terbuka kepada semua pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Semua pelajar cemerlang Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa adalah layak memohon. Pelajar yang dipilih perlu mengikuti pengajian di
Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM selama 8 bulan dan meneruskan pengajian peringkat ijazah di UPM pada tahun yang sama.”- SUMBER 

Berikut adalah skema pengajian untuk program laluan pantas:

image

Untuk laluan biasa ke peringkat bacelor:

image

image

Semakin banyak yang berubah sejak Pusat Asasi Sains Pertanian nih dibuka…aku bekas pelajar sessi 2009/2010 rasa berbangga dapat belajar kat sini…pensyarah semuanya berpengalaman…dulu, skema pegajian aku berbeza…dah batch aku la yang terakhir sekali guna skema pengajian nih..lepas tu, junior aku terus tukar macam kat atas nih..

image

Beruntung sangat2 masuk sini, tapi tak boleh main2, sekali main2..habis terus…kalau nak baca mengenai perbezaan antara program matrikulasi dan program asasi upm, baca kat [sini]

Harap2 sesiapa yang dah dapat tawaran untuk ke program laluan pantas tu, datang la mendaftar…orientasi nanti 30 Disember 2011 – 1 Januari 2012…Jumpa di sana!! *kalau aku rajin datang..*

Laman Web Rasmi Pusat Asasi Sains Pertanian--->klik gambar untuk ke web rasmi..

Yeah!! sempat pose dalam gambar untuk masuk dalam web!!

Sehari Suntuk di True Discovery, I-City Shah Alam

Assalamualaikum…

Hari ni dah Rabu..tak sempat nak update hari Ahad lepas…sepatutnya Ahad lepas dah update…nak kongsikan sikit pengalaman sehari suntuk bergelumang dengan reptilia yang jarang-jarang orang nak pegang…

Sampai je terus dapat peluang nak pegang ular, iguana, cicak…yang jarang kita jumpa…anak buaya ada..ular tedung ada..tapi tak boleh pegang, sebab agresif…orang2 yang PRO je boleh..huhuh..

Lepas tu terus start sesi belajar cara nak ‘restraint’ haiwan2 liar ni…seronok jugak la…puas hati…

aku orang ke-2 dari kiri…huhuh…tension sebab gambar tak clear……

Sessi petang pulak diteruskan dengan sessi belajar macam mana nak ambil sampel darah daripada kura-kura, ular, iguana..macam2 lagi la…

ada buat ‘dissection’ sikit kat spesimen kura-kura, ular, katak dan biawak yang telah diawet…seronok jugak la..sehari suntuk tu tak kosong..penuh..macam-macam dapat belajar…ada masa, sempat ambil gambar haiwan2 nih..bukan senang dapat dekat2 dengan haiwan macam nih…uhuhuh..Smile with tongue out

Friday, December 16, 2011

Tiba-tiba terasa nak update…

Assalamualaikum…

Sebelum nih dah lama nak update…tapi tak ter-update2…asyik jadi draft je..dah bersepah post-post yg tak ter-post lagi kat dalam draft tu…rasanya nak delete je la…huhuhu..yang ni pun entah la…terasa nak update pulak…dah free sikit..kalau sebelum nih asyik busy je..kalau bukak laptop pun, sesambil buat assignment, sesambil bukak facebook…dan kadang-kadang twitter…mengarut sorang2 kat sana…takde orang kesah…

Esok pagi ada program…so, memang busy la sampai weekend…tak join, rugi la pulak…hehehe….esok ada program di True Discovery, I-City, Shah Alam….lama dah rasanya tak pergi I-City tu…entah apa la pulak yang baru kat sana tu…ada mini zoo..so, ada program “Reptile Workshop”…yang dianjurkan oleh Kelab Zoologico…kelab bawah fakulti tempat aku belajar nih…dalam 35 orang je yang join..sebab tempat terhad, nasib baik sempat register…ok laaa…nak kena study sikit untuk esok nih…nak kena bawak dissecting set pulak esok…nak bedah ape ek??errmmm…tunggu je la esok nampaknya…

barang2 yang kena bawak esok…Smile 

 

buku2 yang nak kena study sikit malam nih…buku tentang ular dah habis…laku jugak kat library tadi..huhuhuh Smile with tongue out

Saturday, October 29, 2011

Pagi yang lesu…

Assalamualaikum dan Salam hujung minggu…

Pagi sabtu yang bermula amat lesu sekali…bangun je dari tidur…badan rasa tak sedap2…panas2…menggeletar….ok..aku dah dapat isyarat…yg mungkin pnyakit alahan yang aku alami sejak 2006 (tingkatan 3)…sampai sekarang tak tau apa benda yg aku alergi sangat nih…masih menjadi tanda tanya…Sick smile…satu badan kena gatal2…tapi selalunya 1-2 hari dah ok la bila aku tahan…mandi dengan antiseptik (Dettol) …hilang la lepas tu…

Aku cuma mampu tahan dan tahan je….tak boleh berpeluh sikit..mesti rasa tak selesa langsung…tapi hari ni punya lain dari yang lain…masa nak breakfast tadi…lepas je duduk, trus rasa macam tak bermaya…tiba2 takde selera nk makan nasi lemak dgn air Neslo ais….tiba2 je…rasa nak pergi tandas…nak basuh2 muka…tiba2 dalam perjalanan nak g tandas tu..aku rasa makin kabur penglihatan aku…nampak bayang2 orang lalu-lalang je..nampak bayang kerusi, terus aku duduk…sikit2 rasa lega tu datang…blood pressure dah naik sikit…normal…aku masuk tandas kejap…tengok muka…dah kurang sikit pucat tu….hurmmm….selera makan tu sikit2 datang balik…Pizza

Lepas breakfast…aku rasa lega sikit..malas nak ke klinik….tapi, nak buat macam mana..ade orang tu paksa jugak aku pergi jumpa doktor…doktor kata nak buat injection untuk alergi tu..tapi dah kurang…so, bagi tablet je…blood pressure dah normal…Thumbs up

Pelik pulak kali nih….lepas je aku ok dari pitam tu…terus rasa kurang rasa panas dah badan aku nih…hilang ras2 alergi nih…tu belum lagi makan ubat…huhuhu…alhamdulillah….aku rasa lega sikit kali nih…cepat je dia sembuh…sekarang nih aku teruskan je makan ubat yang doktor bagi tu untuk betul2 bagi aku recover balik…letih badan lepas pitam tu ade lg rasa smpai sekarang…nak kena rehat je…esok dah balik UPM…berakhir la cuti mid sem untuk semester nih…sekian…Be right back

*macam tulis surat pulak dah anjang2 nih…sori takda gambar yg berkaitan yang dirasakan perlu untuk aku letak…eheheheh…Winking smile

Wednesday, October 26, 2011

Sekian lama terkubur…

Assalamualaikum semua…

puas dah aku mencari mood untuk kembali berblog nih…hurrmm…entah berapa lama aku tinggalkan blog ni…dah bersawang…berapa generasi labah2 dah bersarang kat sini…bila tengok2 balik kat post yg terakhir…bertarikh 24 Ogos 2011….huhuhu…2 bulan 2 hari aku tinggalkan kau….Sleepy smile

Tiba2 hari nih aku kuatkan hati *walaupun sebenarnya malas* nak post 1 entri…tak tau pasal apa entri nih…saja2 nak post je….boleh kan??? ok…apa khabar kat semua blogger2 kat luar sana tu?? lama dah tak jumpa korang semua….bukan malas..bukan taknak…tapi aku selalu takde masa nk jumpa2 korang selalu….time aku busy, korang ajak jumpa la…huuuuhuuu….Eye rolling smile

Ok la….sampai di sini saja untuk entri ‘warm-up’ setelah dah 2 bulan menyepi….Winking smile

 

Saturday, August 20, 2011

Resipi Biskut Raya #1 : Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum semua…tiba2 hari nih aku rasa nak kongsi pulak pasal nih…padahal resipi nih dah bersepah-sepah kat web2..aku pun ambik kat web mana entah..kakak aku yg nak buat sangat…aku ada la tolong sikit2…lagi pun biskut nih dah ramai orang buat…

tadi nak guna mixer, sempat la pukul butter dgn telur…tiba2 ada bau hangit pulak…mixer tu ok lg…last2 terus plan g jusco, cari mixer baru….hehehe….ok la…jom tengok ramuan2 biskut nih….

  • 190 g mentega- lembut
  • 45 g gula perang
  • 80 g gula kastor/icing
  • 220 g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil rata baking soda
  • 1 sudu kecil serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang dark choc)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 170 g cip coklat
  • 170 g badam cincang kasar- di panggang terlebih dahulu
  • 1 biji telur

Cara-cara
1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn cip coklat dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
5. Susun doh menggunakan sudu kecil di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan ketuhar masing2.

**anggaran 100 biji…

yang nih la rupa biskut nih bila dah siap….(gambar nih aku ambik sendiri lepas dah siap….cuma resipi nih sahaja dari internet…rujuk sumber dibawah…)

IMG_2800

IMG_2804

p/s: aku tukang mix, cincang badam, letak adunan atas tray….

SUMBER

Thursday, August 18, 2011

Notification di Facebook boleh jadi negatif (-1)???

Assalamaualaikum semua….salam 18 Ramadhan….(esok hari terakhir kerja…hehehe..)

Aku baru ada perasa 1 benda kat Facebook nih….macam pelik dan kelakar pulak dah…boleh pulak ada notification macam nih…mungkin korang semua dah lama perasan kot…aku je yang lambat…huhuhu….selalunya macam nih---> Facebook (1)…tapi tadi aku ternampak macam nih pulak----> Facebook (-1)…pelik3….

New Picture (1)

Thursday, August 11, 2011

Sekadar Renungan Bersama….

Assalamualaikum semua….

Alhamdulillah…selesai berbuka puasa…dah 11 hari….hehehe…entri kali nih aku nak kongsi sikit pasal status fb kawan aku yg aku terbaca td….hurrrmmm…agak mendalam maksudnya….bukan nak ditujukan kepada sesiapa…tapi bertujuan untuk ingat mengingati…aku pun macam terfikir jugak..apa la salahnya ye kita tak berkira sangat…

ok2..ni ha status fb dia tu….

image

entri ni bukan ditujukan khas kepada sesiapa…hanya untuk renungan sahaja…tak melibatkan mana2 pihak ye…Winking smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat