Friday, February 10, 2012

Resepi: Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum…Salam Jumaat.. Lama dah tak update blog nih…

Hari nih nak kongsi resepi *lama dah tak post entri masak2 kat blog nih*..Tiba-tiba timbul idea nak masak Bihun Goreng singapore tengah hari nih…malas nak fikir, sebab bahan dah cukup…kalau ikutkan nak masak bihun goreng biasa je…tapi malas nak blender cili kering..hehehehe… Aku masak nih untuk makan 4 orang..sebab kat rumah nih ada mak, kakak aku dan nenek aku yg datang dari kampung..seminggu kat sini…ok…jom beralih kat bahan2 yang kita perlukan…

BAHAN-BAHANNYA:

  • Bawang merah seulas, bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
  • Bihun yg direndam (kuantiti dalam 400 gram, sebab sebungkus tu memang dah 400 gram)
  • Kobis (dipotong kecil)
  • 1 Lobak merah (dipotong kecil)
  • Sotong (kuantiti terpulang kepada anda), nak guna udang pun takpe…aku guna bahan2 yg sedia ada je..ape2 pun boleh… Smile
  • 3 biji telur yg digoreng sedikit hancur
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa (terpulang nak letak banyak mana, klau terlebih nanti, tak pasal2 pedih je perut..)
  • Minyak masak

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali…dalam 4 sudu.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan lobak merah.
  4. Masukkan pula kobis dan sotong.
  5. Masukkan sedikit garam, secukup rasa.
  6. Masukkan bihun yang telah direndam terlebih dahulu dan gaul sehingga rata.
  7. Taburkan sedikit lada hitam (kuantiti terpulang kepada citarasa anda)
  8. Masukkan telur yang telah digoreng.
  9. Kalau ada bawang goreng dan daun bawang, bolehlah ditabur…

P/S: dari dulu aku musykil, kenapa nama dia bihun goreng Singapore…asalnya dari Singapura kah????

15 kata-kata blogger:

Anonymous said...

Nampakk mcm sedappp!! Nak nak nakkk!! *saja test comment pakai bb*

tieha ismail said...

wooooo sedapnya...dah la tengah bunyik2 perot ni -.-

Unknown said...

aku yg baru lepas makan ni tetiber lapar blik.huhu

lia kamalia said...

nak try la ! :)

perghh sedap thx btw :D

Unknown said...

Oh..ini la Zamir yg selalu bertweet dgn Mat Gebu ye? hensem jugak orgnya...hehe...

Mihun mcm ni mmg org kata dr Singapore, ntah betul ke tak dari sana, masa kecik2 kt Johor selalu dah dipanggil gitu.

Siti Fatimah Fuzz said...

wahhh....ni membuatkan perut cik siti memainkan lagu keroncong......huhu...lapar2......=)

Lydia Miza said...

sedap..akak suka.tak taulah naper nama dia camtu ek?

Kamsiah yusoff said...

salam
my peberet...tp akak suka letak sambal kicap pedas....

lina said...

nampak simple tapi menarik...

Yasmin Aris said...

nak try buat lah :D

sjaa64 said...

nampak cam sedap tuh...nanti nak try,hehe

EINZONE said...

assalam..jika sesape berminat utk order rendang tok asli dr perakk..bole wat tempahan skrg..sila hubungi ein d 012 2420 343..tq

Anonymous said...

cedap2....

anne said...

waa... cedpnye.. nak try r nnti......

Unknown said...

Namanya bihun singapore coz asalnya mewah dgn lauk pauk dan..xde bahan tertentu rencahnya. Sayur,lauknya letak je apa2pun boleh.. Mcm singapore jugek lew :-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat