Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Gempa Bumi di Myanmar | Berukuran 6.9 skala Richter

Assalamualaikum…info terkini…

Gempa bumi 6.9 skala Richter gegar Myanmar malam ini

KUALA LUMPUR 24 Mac - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada pukul 9.56 malam ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa itu berpusat di 1,613 kilometer dari Barat Laut Kangar, Perlis. Jabatan itu sedang memantau perkembangan gempa bumi itu dan akan memaklumkan situasi terkini kejadian itu. – Utusan

SUMBER: UTUSAN

____________________________________________________________________

 

Sempadan Myanmar dilanda gempa 6.8 magnitud

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat 6.8 magnitud melanda sempadan Myanmar berhampiran China, Laos dan Kemboja, 10 malam tadi (kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan) dengan gegaran dilaporkan sehingga Bandaraya Bangkok.
Kejadian itu dilaporkan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) sebentar tadi.

SUMBER: BHARIAN

Thursday, March 17, 2011

Gempa Bumi di Jepun | Peningkatan Kadar Radiasi

TOKYO: Jepun belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat. Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk.

Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo. Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah.
“Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan,” kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.
Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).
Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.

Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi. Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.
Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah. Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.
Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang. Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.
Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada. Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.
Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945. – Reuters

SUMBER: BHARIAN

p/s: sama-sama kita mendoakan mereka sentiasa selamat…sepertimana khabar mengatakan hujan radiasi tidak akan melanda Malaysia..apa salahnya kita sentiasa berhati-hati dan elakkan terkena hujan…tak susah kan??

Wednesday, March 16, 2011

Gempa Bumi di Jepun | Dua Letupan Terbaru Loji Reaktor Nuklear

ASSALAMUALAIKUM semua….

TOKYO: Loji nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh berikutan gempa bumi mengalami kebocoran radiasi yang serius semalam berikutan dua letupan baru dan satu kebakaran ketika kakitangan di tapak berkenaan bertungkus lumus mengelak kebocoran.
Krisis nuklear terbesar negara itu semakin buruk setiap hari berikutan empat daripada enam reaktor di loji nuklear Fukushima mengalami letupan hidrogen sejak gempa bumi melanda wilayah Tohoku Jumaat lalu.

Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) mengarahkan 800 kakitangannya berpindah dari loji terbabit tetapi meninggalkan 50 yang lain untuk mengepam air laut ke reaktor dalam usaha yang disifatkan terdesak untuk menyejukkan tiga daripada empat reaktor dan berusaha untuk mengelak pembocoran teras.

image

Dalam satu taklimat malam kelmarin, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui adanya risiko tiga daripada empat reaktor terjejas itu boleh mengalami kebocoran. Namun Kazuhiko Maekawa, profesor madya di Universiti Tokyo semalam berkata walaupun senario ini mungkin berlaku, sekurang-kurangnya pada masa sekarang, ia adalah berbeza dengan kebocoran teras di Chernobyl pada 1986 di Ukraine yang membabitkan letupan nuklear berskala besar.
Walaupun kebocoran berlaku, ia masih dalam keadaan cecair, kata Maekawa. Jika reaktor utama tidak musnah secara keseluruhan, bahan radioaktif membawa maut masih kekal dalam kawasan reaktor, katanya.
“Dalam insiden di Chernobyl, letupan merebak bahan nuklear yang mengandungi debuan maut dan mencemarkan kebanyakan penduduk,” kata Maekawa, seorang kaunselor Persatuan Penyelidikan Keselamatan Nuklear, menolak satu letupan seumpama itu di Fukushima.
“Jika anda berjaya menghalang kebocoran, kemungkinan pencemaran radioaktif berskala besar adalah rendah. Penduduk tempatan perlu terus tenang dan tidak panik,” katanya. – Agensi

SUMBER: BHARIAN

Letupan Reaktor Nuklear di Jepun | Peningkatan Kadar Radioaktif

TOKYO 15 Mac - Keadaan panik menyelubungi bandar raya Tokyo hari ini selepas tahap radioaktif dari loji-loji tenaga nuklear di negara ini terus meningkat ekoran gempa bumi pada Jumaat lalu. Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk mengambil tindakan meninggalkan bandar ini selain menyimpan pelbagai bekalan terutama makanan.

Beberapa kedutaan menasihati kakitangan dan warganegara mereka meninggalkan bandar raya ini, para pelancong memendekan percutian manakala syarikat multinasional menggesa kakitangan mereka bercuti atau menimbang beroperasi di luar bandar. Sebuah pasar raya di daerah Roppongi, Tokyo, Don Quixote kehabisan stok termasuk radio, lampu suluh, lilin dan beg tidur, hari ini setelah penduduk 'menyerbu' pasar raya itu.

image

Wartawan asing yang membuat liputan berhubung gempa bumi dan tsunami di Sendai sejak Jumaat lalu, juga telah pulang ke negara masing-masing. Syarikat mencari pekerjaan Britain, Michael Page International juga akan ditutup pada minggu ini.''Saya akan pergi ke Singapura esok dan bekerja di cawangan kami di sana,'' kata salah seorang daripada kakitangan syarikat itu.

Kyodo News berkata, tahap radiasi di Tokyo dan Saitama adalah 40 kali ganda daripada peringkat normal, masih belum berbahaya kepada manusia namun cukup menimbulkan panik di bandar yang dihuni oleh kira-kira 12 juta orang. Pegawai Pejabat Kaji Cuaca berkata, angin kini bertiup perlahan ke arah barat daya termasuk Tokyo tetapi akan berubah ke arah barat pada lewat petang ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan memberi amaran tahap radioaktif tinggi di sekitar loji tenaga nuklear selepas berlaku letupan di dua buah reaktor.Beliau berkata, risiko kebocoran lebih banyak radiokaktif semakin meningkat. - Reuters

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, March 15, 2011

Terkini: Gempa Bumi di Jepun | Letupan Reaktor Nuklear

Assalamualaikum semua….

Laporan terkini mengenai gempa Bumi di Jepun: Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

image

“Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co. Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan. Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan. – AFP

SUMBER: BERITA HARIAN

_____________________________________________________________________

Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.

Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara. Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.

Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak. Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.

Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk. Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.

Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Monday, February 7, 2011

eh2!! ada follower dari oversea la…

 

assalamualaikum semua…Winking smile

dah makan malam ke?? aku makan bisku kering cicah air the je malam nih….tadi…aku tengok2 la follower yg dah follow blog aku nih…sebab 2 3 hari lepas…aku x boleh nak follow blog orang lain..sebab bila aku klik follow, nnt kuar account google orang lain…ntah sape punya ntah…skang dah ok…aku nak balas follow kat blog2 yg follow blog aku nih…sebagai tanda penghargaan kat dorang….same2 dpat tau update terkini…kan2??? tu la bagusnya follower nih…Hot smile

tak sangka pulak ada follower dari Spain…*tak sure betul ke x dari Spain…*..sebab bllog dia dalam bahasa Sepanyol@ Spanish….apsal dia follow blog aku ek??? menarik ke??? aku bace blog dia pakai Google Translate tau tadi,….hehehe…nasib baik dia tak taip macam aku nih…byk short form je…huhuhu…dia taip Spanish x guna short form pun…tu yg senang nak translate…hehehe..g la jenguk blog dia…jom2!…nih link blog dia…----> http://isla300.blogspot.com/

image

image

aku follow balik blog di untuk tau update2 dari blog dia…nnt nak baca kena pakai Google Translate…hehehe…Nerd smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat