Wednesday, February 23, 2011

Tidur berdengkur?? Aku tak…

assalamualaikum semua…

aku nak kongsikan sedikit fakta mengenai tidur berdengkur yang aku dapat melalui email semalam…hahaa…tak perasan pulak ada orang hantar email macam nih…aku pun tak tahu yang aku nih berdengkur atau tak time aku tidur…hehehe…ada 10 fakta mengenai dengkur nih…jom kita tengok…perhatikan setiap satu ye….Disappointed smile

1. 1/5 penduduk dunia berdengkur sewaktu mereka tidur.

2. Lebih ramai lelaki yang berdengkur berbanding wanita iaitu 80% lelaki & 20% wanita. Ia adalah disebabkan pengedaran kelebihan berat badan pada lelaki yang terkumpul di dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara. Lelaki juga memiliki leher lebih besar dan ukurlilit leher 40 cm atau lebih cenderung membuat orang mendengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur.

4. Tidur telentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Berat badan berlebihan merupakan punca berdengkur. Hal ini karena lemak yang terbentuk di sekitar tekak boleh menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi tidak teratur.

6. Pil tidur dan ubat penenang menyebabkan otot dalam keadaan relaks dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Pada usia 50, perempuan yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki kerana proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di daerah lehernya. Lidah, tengkuk, dan rangkaian lain di sisinya juga boleh sedikit menyusut.Laman ini boleh mengurangkan saiz saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur.Hanya 5% perempuan yang berdengkur pada usia tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya bisa mencapai 40%. Pada usia ini, jumlah wanita yang mendengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Dengkur boleh menandakan penyakit gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan awam dan berpotensi serius di mana nafas berkali-kali berhenti dan berterusan apabila anda tidur. Seseorang dengan ‘sleep apnea’ sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatnya. ‘Sleep apnea’ seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, kemurungan dan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

9. Intensiti bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel setara dengan suara yang dihasilkan oleh sebuah trak yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan mendengkur. Asap rokok boleh menjangkiti rangkaian tekak yang menimbulkan bengkak. Hal ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang mendengkur.

14 kata-kata blogger:

mimieismail said...

ayh sy setiap kali tdur mmg berdengkur,.ahahaha
die adlh perokok tegar,.no wonder la kn,.hehehhe


http://mylifemimie.blogspot.com/

nazirulhazwan~ said...

aku bedengkor klu penat giler jer,hahaha

Wan Ahmad Izudean said...

kalau berdengkur aku ingat ichi..hehe pastu ichi tak nak ngaku... :)

Izamir Ridzwan said...

sama lah dgn naz

zaMir said...

@mimieismail
saya tak tau la saya nih berdengkur ke x....hahah

zaMir said...

@nazirulhazwan~
aku rase aku jugak kot...bila separuh sedar..aku dengar bunyi dengkur kdg2...hahaha..=P

zaMir said...

@Wan Ahmad Izudean
biasa la tu...hahaha

zaMir said...

@Izamir Ridzwan
eeerrrkkk...IR pun berdengkur jugak?? hahaha...=P

Ifti Larina said...

baguih baguih! nasib baik tak brdengkur

zaMir said...

@Ifti Larina
hahaha..nnt 1 mase msti kita berdengkur jugak nnt...tggu je...org lain yg akan perasan..=P

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Akak pun berdengkur juga ke???hihi

zaMir said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
errrkk...no comment...hahaha....=P

n!cK said...

cane plak bagi orang yg suke kentut time tdo tuh??adekah itu 1 penyakit??ahaha:P

zaMir said...

@n!cK
errkkk..itu mungkin involuntary action kot...x boleh dikawal...=P...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat