Friday, April 8, 2011

Telur Ayam Tiruan Di Pulau Pinang??!!

Alangkah uniknya manusia yang semakin bijak nih…telur ayam pun nak buat yang tiruan…semakin maju dunia nih, semakin pelik-pelik ciptaan manusia nih…yang tak tahan tu…saiz telur ayam tiruan nih lebih besar daripada telur ayam gred A…huhuhu…kenapa sampai begitu sekali ye….rugi bisnes ternak ayam penelur nih…(layer--> ayam penelur, broiler—> ayam pedaging). Yang peliknya…macam mana telur ayam tiruan nih boleh masuk pasaran?? takkan la diluluskan pulak kan…Mana penguatkuasaan?? renung-renungkan…

Dari info yang terdapat dalam akhbar tempatan mengatakan bahan kimia yang digunakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan apabila memakannya seperti mengganggu metabolisme badan, merosakkan sel dan saraf otak dan mengganggu fungsi hati.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. Kerajaan cepat-cepat la ambil tindakan ye…haramkan penghasilan dan penjualan telur ayam tiruan nih….menakutkan…

image

yang sebelah kanan tu telur ayam yang tiruan…

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu….

Diadaptasi daripada: MALAYSIAKINI

Adakah orang yang berjaya hasilkan telur ayam tiruan nih berjaya hasilkan telur ayam tiruan macam kat dalam link nih??? http://ninenov91.blogspot.com/2010/11/ayam.html

7 kata-kata blogger:

Izamir Ridzwan said...

bhya nih.. nk kena bela ayam sendiri lah

arep_lockermonth said...

serious!! melopong bacee nih~~sengal tul~

arepnakbebel: sape nak tempah tiket??

Amira Anorah said...

bahaya tol..makan ayam dah la..tamo makan telur..tak pon bertelur sendiri..hahaha

Azham Vosovic said...

ok fine! sy nak berhenti makan telur...

Taikun Muda said...

ada jugak telur tiruan.....aku ingat baju je leh tiru...haha....

see me at http://taikunmuda.blogspot.com/

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

uik..kat m'sia pun ada ke telur ni?aduhh tak mkn telur lah jwb nyer..sis tak kenal yg palsu ke betul.

padlie said...

lepas baca berita ni kat utusan last week, saya masih duk fikir.. kos yg tiruan ni lagi murah ke? macam susah je.. dah la takde rasa..

Entry terbaru padlie: Jalan-jalan ke Pusat Sains Negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat