Friday, May 6, 2011

Kursus Perubatan Dibekukan???…

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016.
student summits 020808 khaled nordin

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai.
"Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Pembangunan Profesional-Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) dengan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (PPBM) serta melancarkan program IPD-OUM dan PPBM di Kuala Lumpur hari ini. IPD-OUM diwakili Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr Mansor Fadzil manakala PPBM diwakili presidennya Kwan Foh Kwai.
Mohamed Khaled berkata sehingga 31 Jan, terdapat sebanyak 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda.

NONE

Katanya walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah sebanyak 47 kursus kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada satu program.
"Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (Indonesia) pada 2006 dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009)," katanya.
Katanya daripada 33 IPT terbabit, 17 IPT telah diberi pengiktirafan membabitkan lapan IPT Awam dan sembilan IPT Swasta.
- Bernama

SUMBER

komen aku : sepatutnya kerajaan kena kawal penawaran kursus perubatan di IPTS sebab dah banyak sangat IPTS yg mnawarkan kursus perubatan nih…tapi kualiti itu belum tentu terjamin…tapi bukan ke sekarang negara kekurangan doktor??

p/s : yg sedang memikirkan untuk sambung pengajian dlam bidang perubatan nih..apa kata anda ubah sikit…sambung dalam bidang perubatan veterinar..sebab demand yg tinggi…bila dah habis belajar, mmg konfem ada kerja…hanya sedikit sahaja graduan dlam bidang veterinar di Malaysia nih…

19 kata-kata blogger:

@taufiqhelios said...

promot vet eh..hehe

amin said...

Yup..setuju jugak dengan kata-kata ulasan tersebut..

UPM kan ada vet..huhu

Nak buat 2nd degree vet lah..hehe

Numasara Hana said...

2 thun lepas mintak vet tak dapat pun. terpaksa lari ke bidang yg jauh. dari hayat ke engineering, mmg susah nak adapt.

lyndaz said...

ouh..
acms pon ade?
hahah..aku kt sini!

zaMir said...

@@taufiqhelios
ape salahnya...hahah...

zaMir said...

@amin
erkk...5 tahun tu...same cam medic biasa...hahah...nak ke??

zaMir said...

@Numasara Hana
wow...saya pun x sanggup masuk bdang engineering...

zaMir said...

@lyndaz
eh2...haha...bakal doktor la ni??

IzudeEANtheSEVEN said...

saya benci vet! hahahahaha

zaMir said...

@IzudeEANtheSEVEN
g la study....kata ade exam sgt...ckup2 la online tu...

MIA said...

ehh kena beku ? kesian lah sape yang nak ambik mbbs. 5 tahun ? memang nak tunggu saya graduate dulu lah tu baru diaorg bukak balik hahahha

zaMir said...

@MIA
haha...mungkin jugak kot...sedihnya kalau nak further study dlm medic nk kne tggu...klau nk jugak..kne pergi sndiri kat overseas la...duit sndiri...

MIA said...

ouh mcm tu pulak. means that i'm the last batch lah ni kat oversea ? thank god JPA hantar awal hahaha

zaMir said...

@MIA
oversea tak sure la...yg pasti nih utk program kat msia je kot...klau nak tau...baca la paper hari nih..ade berita pasal ni...baca online ye..hahah...

MIA said...

okay. thanks dr hehhe

... said...

as salam..
vet? veterinar?
ni berita yang semalam tu ke?
tu ler..tak dikawal. ramai jadinya.
tapi rata2 ipts pun tengok, dip je.
deg banyak ke? entah la.yang kawe tau yang unikl royal london apa tu. ingat2 lupa nama.

senyumSOYA said...

bukan uni baru yang nak apply nak buat medic course kat uni diorg yang x kn dapat lesen? yang dah sedia ada x pa kan?? hihihi

rasanya macam tu..
macam nursing aritu la.. mna2 IPT yang nak bukak course nursing x akan dilayan..

Bro Framestone said...

IPTS xpayah kawal sebab confirm doktor2 nie akan kerje kat sektor swsta...

yang doktor2 koje kerajaan nie je... buat kerje nk xnk.. tahu2 hujung minggu buat part time kat klinik swasta... payment pun tgi huhu

Qama Hiro said...

sya pelajar medic ukm...ukm pun byk sgt joint program mcm dgn uni indonesia dan acms...pelajar2 acms belajar melalui live video conference dri ukm...dan mmg btl da ramai doctor kat malaysia ni..lecturer sya pernah ckp nanti time sya graduate (2015) mungkin nk jdi doctor pun kne interview dan saingan sgt sengit sbb by 2013 doctor da cukup...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat