Assalamualaikum & Selamat Sejahtera…
Pada Jumaat lepas, 27 Jan 2012, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (tempat aku belajar dulu) ada menganjurkan pertandingan memasak..memasak??? *ni 1st time aku join kot..errr* . Aku bukan bersendirian tau, tapi berkumpulan…semuanya 5 orang untuk setiap kumpulan. Kumpulan aku mewakili Alumni Asasi…semuanya last2 minute nak join..hahaha… Peserta terdiri daripada Pensyarah, Staf-staf, pelajar semasa, dan juga kami sebagai wakil alumni…tak sedap la kan kalau takda wakil alumni nih…
Kami diberitahu yang tema untuk pertandingan kali ini adalah SURVIVAL…masing-masing tak tau apa bahan-bahan yang bakal diberikan nanti..sehari sebelum pertandingan baru la dapat tau yang bahan utama masakan adalah mee segera Maggi…maggi?? bunyi macam senang kannnn…hahah…tapi tema pun dah survival, bahan-bahan & barang-barang yang disediakan pun ala2 survival la kannn..huhuh..Ahli kumpulan aku terdiri daripada aku sendiri, Amar, Ibrahim, Amy & Mizah..Kami difahamkan juri-juri terdiri daripada Chef Jo (Juri Masterchef Malaysia), Chef Muluk, dan Chef Kadir (Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Makanan UPM)
Sebelum pertandingan bermula….
Sepanjang tempoh pertandingan… 30 minit masa diberikan..buatlah sekreatif yang mampu…
Selepas pertandingan sementara menunggu keputusan pertandingan…. Demo masakan oleh Chef Kadir… Angle Hair dengan kuah Carbonara… sedappppp…
Ok… Tak sangka dapat tempat ke-3….lawak betullll!!! Sebenarnya kami nak masak benda lain..tapi lain jadinya atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan…hehehe…ke-3 daripada 15 kumpulan tuuuuu…
Gambar kenangan….
Bersama Chef Jo (Juri Masterchef Malaysia)!! Hehe…korang ada???!!! errr…

