Showing posts with label haiwan. Show all posts
Showing posts with label haiwan. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Sehari Suntuk di True Discovery, I-City Shah Alam

Assalamualaikum…

Hari ni dah Rabu..tak sempat nak update hari Ahad lepas…sepatutnya Ahad lepas dah update…nak kongsikan sikit pengalaman sehari suntuk bergelumang dengan reptilia yang jarang-jarang orang nak pegang…

Sampai je terus dapat peluang nak pegang ular, iguana, cicak…yang jarang kita jumpa…anak buaya ada..ular tedung ada..tapi tak boleh pegang, sebab agresif…orang2 yang PRO je boleh..huhuh..

Lepas tu terus start sesi belajar cara nak ‘restraint’ haiwan2 liar ni…seronok jugak la…puas hati…

aku orang ke-2 dari kiri…huhuh…tension sebab gambar tak clear……

Sessi petang pulak diteruskan dengan sessi belajar macam mana nak ambil sampel darah daripada kura-kura, ular, iguana..macam2 lagi la…

ada buat ‘dissection’ sikit kat spesimen kura-kura, ular, katak dan biawak yang telah diawet…seronok jugak la..sehari suntuk tu tak kosong..penuh..macam-macam dapat belajar…ada masa, sempat ambil gambar haiwan2 nih..bukan senang dapat dekat2 dengan haiwan macam nih…uhuhuh..Smile with tongue out

Friday, December 16, 2011

Tiba-tiba terasa nak update…

Assalamualaikum…

Sebelum nih dah lama nak update…tapi tak ter-update2…asyik jadi draft je..dah bersepah post-post yg tak ter-post lagi kat dalam draft tu…rasanya nak delete je la…huhuhu..yang ni pun entah la…terasa nak update pulak…dah free sikit..kalau sebelum nih asyik busy je..kalau bukak laptop pun, sesambil buat assignment, sesambil bukak facebook…dan kadang-kadang twitter…mengarut sorang2 kat sana…takde orang kesah…

Esok pagi ada program…so, memang busy la sampai weekend…tak join, rugi la pulak…hehehe….esok ada program di True Discovery, I-City, Shah Alam….lama dah rasanya tak pergi I-City tu…entah apa la pulak yang baru kat sana tu…ada mini zoo..so, ada program “Reptile Workshop”…yang dianjurkan oleh Kelab Zoologico…kelab bawah fakulti tempat aku belajar nih…dalam 35 orang je yang join..sebab tempat terhad, nasib baik sempat register…ok laaa…nak kena study sikit untuk esok nih…nak kena bawak dissecting set pulak esok…nak bedah ape ek??errmmm…tunggu je la esok nampaknya…

barang2 yang kena bawak esok…Smile 

 

buku2 yang nak kena study sikit malam nih…buku tentang ular dah habis…laku jugak kat library tadi..huhuhuh Smile with tongue out

Friday, October 28, 2011

My Baby You…

Assalamualaikum & selamat pagi…

sedar tak sedar dah Jumaat pun hari nih…kejap sungguh masa berlalu..tau2 je Ahad ni nak kena balik kampus….hurrrmmm…pagi nih plan nak pergi gunting rambut…tapi apakan daya….hahahah…

Ok..berbalik kepada tajuk entri kali nih..nak kongsi sikit pasal NYAU….kenapa NYAU?? haha…mak aku nih yg selalu panggil kucing aku nih Nyau…tu yang lekat terus nama dia…senang je nak panggil….ok la…2 minggu lepas baru je bagi vaksin yang ke-3 untuk dia…so, lepas suntik vaksin tu dia akan lemau sikit…huhuhu…takde mood…pening2…lpas sehari baru la ok….minggu lepas dah mandikan…tapi biasalah…dia nih nakal..suka main kat luar rumah…tak pasu mak aku…habis dia tarik tanah tu keluar…bukan untuk buang air pun..tapi memang saja nak main2…

dia nih memang sejak aku bela dah pandai buang air kat tandas…tak pernah ajar pun..dia yang pergi sendiri…bila dia keluar je dari situ…dia buat muka bangga… muka tak bersalah…hihihi…ade je ‘hadiah’ yang dia tinggalkan..tapi bagus laa..tak payah susah2 nak beli pasir utk dia lepas hajat…

baru lepas mandi…muka takut…

bersihkan badan….

“Come to papa…!!!” hahahah….

Sunday, June 12, 2011

Pre-Operation & Post-Operation…

Assalamualaikum semua….

kali nih aku nak kongsikan mengenai kucing yang aku ada ceritakan dalam entri INI….dah selamat menjalani pembedahan mata pada hari Rabu lepas….mata sebelah kanan dia terpaksa dibuang sebab memang dah tak boleh berfungsi lagi….

Kalau tuan punya kucing nih bawak awal-awal untuk pemeriksaan kat klinik, mungkin boleh diselamatkan….tapi ni dahtahap kritikal…so, doktor tu sarankan untuk membuang ketumbuhan tu sebab nanti makin teruk jadinya…2 gambar pertama nih adalah keadaan dia sebelum pembedahan…

 

IMG_1958IMG_1957

Yang ni pulak selepas pembedahan….kesian pulak tengok dia…tapi nak buat macam mana…tu yang terbaik daripada biarkan dia terus menderita….kalau dibiarkan..bernanah…kadang-kadang berdarah…

DSC00095

**gambar tak berapa clear…guna camera phone je…

DSC00115

yang nih merupakan bahagian yang telah pun dibuang….letak dalam cecair formalin…

Tuesday, June 7, 2011

Kerja, Kerja dan Kerja Lagi…

Assalamualaikum semua….

HUH…!!! lama dah tak update blog ni…disebabkan keletihan setiap kali balik dari kerja…bukan nak kata sibuk sangat kerja tu..tapi..entah la…balik je dari klinik, mesti letih gila badan nih….bukannya aku lumba lari pun kat situ….huhuhu…

Macam-macam kes dah aku hadapi kat sini..macam-macam jenis penyakit dah dapat aku jumpa…tu baru je seminggu kerja kat sini…macam mana kalau dah sebulan?? aku kerja kat sini untuk masa 3 bulan je..nak isi masa cuti disamping cari pengalaman sebelum menghadapi semua nih bila praktikal betul2 nanti…hari nih je dah ada 3 ekor kucing yang dibawa tuannya sebab ada infection kat mata…ada jugak yang datang bawa anak ayam dalam 20 ekor kot..sebab kena virus…kena titik ubat kat mata dan hidung dia…

Esok kena ikut boss a.k.a doktor pergi Bentong…nak kasi vaccination kat 30 ekor haiwan apa entah…dia tak bagitau…just suruh ikut je…huhuhuh…kena keluar awal la kerja esok…

    DSC00076DSC00086

kucing ni salah satu yang kena infection kat mata…bakal di operate jumaat nih…aku just jadi tukang pegang je…hihihi….kesian tengok dia…

DSC00080

yang nih mak dia…bakal di’spay’ esok…sebab tuan dia yang mintak..dia tak pandai jaga anak…

DSC00072

ok…masa mengisi ubat dalam botol…setiap botol ada 30ml…

p/s: semakin hari semakin banyak benda baru yang aku belajar…harap2 tak susah la time praktikal yang real nanti…

Wednesday, June 1, 2011

Hari Pertama Bergelar Seorang Pekerja

Assalamualaikum semua….

Huhu…letihnya….seharian bekerja kat klinik haiwan tadi sebagai pembantu doktor…segan gila bila hari pertama kat tempat kerja…maklum la..aku bukannya ada pengalaman pun dalam kerja macam ni…aku kerja ni pun sebab nak isi masa cuti 4 bulan ni sambil tambah pengalaman….hihihi

Pagi tadi memang sunyi je klinik tu…ada seekor anjing yang dibawa tuan dia…ada luka kat kaki…aku tak handle yang tu….just tengok je….lepas je lunch hour..haaaaa…nahh!!! berderet-deret costumer menunggu turn…3 orang pemilik kucing datang dengan kucing dia serentak….kelam kabut la aku….sebab staff kat klinik tu ada 3 orang je kalau tak termasuk aku…staf yang lain banyak kat ofis…pukul 4 pm, doktor yang merupakan manager kat situ ajak aku pergi keluar sebab ada costumer dia call, kambing sakit..huhuh…kesian kambing tu….tengok kat muka dia……

DSC00054

lepas je kasi ubat kat kambing tu…terus balik ke klinik…sampai je kat klinik, ada costumer menunggu bersama 3 ekor arnab….aku kena keluarkan arnab tu dari sangkar…bila nak masukkan dia dalam kotak untuk bawak masuk klinik…aku dah kena “tamparan” daripada kuku dia….HAHAHA!!! hadiah hari pertama bekerja….boleh tahan banyak darah la keluar….bawak masuk klinik…terus staf lain kat situ potong kuku dia….huhu….macam-macam pengalaman aku dapat untuk hari pertama bekerja nih….

DSC00056

Friday, April 15, 2011

Nasib Baik la…kalau tak….

Assalamualaikum semua….

Tiba-tiba terdetik kat hati nih nak update blog nih setelah hampir seminggu tak berpenghuni…time petang2 nih…tengah hujan…memang syok tido..tapi aku tadi saja2 pandang kat ikan2 aku nih…tup2…alamak??!!! Ade prob la pulak kat sekor ikan nih…yang lagi 2 ekor ok je…baru aku ingat nak kasi makan…terbatal niat aku…ikan sekor aku nih tersekat batu kecik kat mulut dia…aku tunggu dalam seminit…tengok batu tu boleh keluar sendiri ataupun tak..sebab dalam air senang sikit…

Aku kesian tengok dia..aku try keluarkan dia…terpaksa genggam..tapi aku tak genggam kuat2…then aku cari apa benda yang boleh cungkil batu tu….aku jumpa jarum…risau jugak takut terluka…alhamdulillah…aku berjaya cungkil batu tu tanpa menyebabkan mulut dia terluka…terus aku lepaskan dalam balang…ligat dia berenang…lega rasanya..kalau aku tak sedar la tadi…tau2 esok dah timbul dalam balang tu….dah tinggal berdua pulak dalam tu….huhuhu….

IMG_0990

inilah batu kecik tu…dalam 4mm@0.4cm panjang dia…..huhuhu….

IMG_0994

jarum yang dari mane datang ntah..aku capai je…terdesak….huhuhu…

IMG_1010

selepas dilepaskan….ligat ko berenang ye….hahhaa…ada 3 ekor semuanya…

Monday, February 7, 2011

surprise!!!…

 

assalamualaikum semua….Smile with tongue out

sebentar tadi…dalam sibuk2 layan chat kat FB…

tiba2…ade makhluk x brape nak halus datang secara mengejut….pastu main gesek2 kat kaki aku pulak tu….meremang bulu roma aku…lg2 bulu kaki nih....dah la aku pakai suar pendek…duduk pulak sorang2 je dalam bilik….kat bilik lain pun kosong je….housemate sume x balik lg….aik…xkan petang2 nih ade jugak yg nak menyakat aku>??? pelik2?? aku tak tengok bawah pun…layan je….buat2 xtau….dia gesek lagi….haishhh…main kasar nmpak!!!….aku toleh ke bawah…Surprised smile...tadaaaa!!!....

DSC01658[1]     

 DSC01660[1]DSC01662[1]

image

n aku ke utarakan kisah nih di Sembang Faizal Fredley Dot Com…..mula la si Ujang nih buat kecoh….dia jeles kucing tu main gesek2 ngan aku….ngeee…Nyah-Nyah…aku suke…layan je…geli kaki aku dibuatnya…hahaha….tgk tu…akak LM pun nak buat2 bunyi kucing jugak……Laughing out loud..ok la…aku nak sambung manje2 ngan sayam baru aku nih…hehehe….Burungman…nih bukan jin tau…ini real punya kucing….

huhuhu…sejuk mata memandang…=P

assalamualaikum semua…..=)
harap korang semua sihat pagi isnin nih….rmai student yg dah start kuliah balik hari nih….termasuklah aku….masih tercari-cari mood untuk study..huhuhu….sebenarnya aku nak citer sket pasal ikan yg aku bela kat kolej nih…hehehe….skang dah makin sedap mata aku memandang balang ikan nih…bukan ape…dah macam bela ikan dalam kolam depan rumah pulak dah…tapi aku suka…nak buat mcam mane….errkkk…
DSC01655
DSC01657
aku ‘curi’ pokok tu kat kolam ikan depan rumah pak cik aku time aku balik kampung ari tu…..hehehe…bukan curi….aku mintak le…..dia pun suruh ambik banyak2..sebab dah penuh kat dalam kolam dia…cepat sangat membiak….hehe…org dah kasi..aku ape lg…..ambik je la kan…tapi aku ambik sikit je…takmo lebih2…separuh aku bawak kat kolej..letak dalam balng nih…separuh lagi aku letak dalam balang yg lagi 1 kat tempat mak aku punya pokok orkid kat rumah…menumpang kat sebelah pokok orkid..hehehe…
mood study makin bertambah bila tengok balang nih dah makin ceria…hehehe…tapi mood buat kcoh kat Sahabat Blogger pun makin menjadi-jadi jugak….errkk..hehe…=P

Saturday, February 5, 2011

Aku suka..best2!!

assalamualaikum semua...=)


huhuhu...baru je lepas tengok Majalah 3 td...aku malas nak tengok abis...sebab part yg aku tunggu tu dah dpat aku tgk....sori ye..bukan yg part yg perempuan jadi bodybuilder tu...tp part yg pasal farming tu....aku tabik spring la kat pengusaha ladang ternakan kambing tu...sepasan suami isteri boleh mnguruskan ladang tu dgn jayanya....ladang dorang tu beroperasi sejak Disember 2006 bermodalkan RM 3 juta..byk tu...huhuhu....
nak masuk, kena pijak carpet yg ade disinfectant dulu...hehehe..kambing pun kena jugak...x terkecuali.....




kambing2 kat situ sumenye sihat2 belaka....mana taknya...makan mewah....pastu setiap minggu kne buat mdical checkup...huhuhu....yg menariknya....orang yg mnguruskan bhgian kesihatan kambing2 tu adalah seorang bekas kerani bank yg xde ape2 kelulusan dlam bidang tu...huhuh...dia boleh mnguruskan kambing2 tu dgn jayanya....seronok betul keje ngan binatang nih...asyik layan karenah manusia je....pastu, kambing2 nih dimandikan 3 bulan sekali dgn sabun khas...kandang2 dorang pun selalu dibersihkan...setiap anak2 kambing tu pun ade birth certificate tau...bukan main lahir sesuka hati je...huhuh....sistematik betul la ladang nih...suke3!! mmg sangat2 menarik ladang BoDen tu...tempat pun bersih je, siap ade ISO lg....aku nak pegi sana 1 hari nnt...nak tgk sendiri....hehehe.....part yg kambing tu bersalin tu yg paling menarik...sungguh luar biasa...ibu kambing tu tenang je...yg kesiannya, anak dia yg ke-2 x sempat kuar...n mati sebab lemas...kesian aku tgk...huhuhu...


aku x sabar2 nak buat amali rasanya...yg bestnya setiap sem ade je amali kat ladang...sem depan ade course Pengurusan Haiwan Bukan Ternakan selama 2 minggu...huhuh...aku x sabar dah nih...best3!!!...hehehe...=P

Monday, January 10, 2011

penemanku ketika itu...

assalamualaikum semua...


hmmm...bila korang buat sesuatu tu mesti ade yg teman korang kan??
macam aku nih...kalau tgh online kat bilik..bukak blog...study...n ape2 lagi la...memang suka dengar bunyi2...aku x suka bila buat 1 benda tu dalam keadaan yg senyap n sunyi je...bosan la kan...


haaa...ni lah peneman aku ketika aku taip2 keyboard nih..buat assingment..blogging..n macam2 lagi...best dengar bunyi air nih...tenang rasenye....n suka tengok dia berenang-renang....hilang segala tension yg ade kat kepala aku nih...


aku bagi dia makan x tentu masa...tp dalam sehari tu mesti la ade 1-2 kali makan kan...hehe....sbnarnye best sangat2 bila ade pet nih...x kira la ape skali pun...asyik layan karenah manusia je...skali-skala layan jugak karenah haiwan ni kan...hehe...=)

dari pandangan atas..balang ikan aku...hehe...=)
aku bukan nape...suke sangat2 tengok binatang nih...kadang2 layan binatang nih lagi bagus dari layan macam2 perangai manusia kan?? haha...
aku baru je ambik dia dari rumah semalam...rindu rasenye..baru tinggalkan kat rumah seminggu....hehe...kali  nih biarlah aku yg jage ko...takkan nak bagi mak aku pulak jage kan...kat rumah tu macam2 keje mak aku nak buat...takde mase nak tengok2kan korang ye...=)


aku bela diorang nih dari sem lepas lagi sewaktu aku kat kolej 13 lagi...lebih kurang 5 bulan lepas...n still hidup lagiii...tengok la sape tuannye kan...hehe...=)
n makin lame makin membesar...kecik sangat2 sewaktu aku beli dia dulu...n skarang sihat..n makin buncit pulak perut diorang nih...

ni lah keadaan meja study aku kat bilik...bersepah x??
tapi sekarang nih aku kat library [Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM] la pulak kan...bukan buat ape2 pun..saje kuar awal tadi...kelas start pkul 12...malas nak kuar lambat2....*tetiba ter-rajin pulak hari  nih...hehe...=)*..so, ape yg teman aku berblog nih?? entah la...nak kate buku tu..x jugak n aku nih bukan ulat bulu buku...hehehe......sbb assignment xde lagi...just tgh google pasal ape yg bakal aku ulaskan nnt untuk subjek kenegaraan nih...presentation tu lambat lagi..hujung sem nih..tapi nak ready awal2...xnak last minute keje!!! aku nak buang sume sifat2 tu time aku di asasi dulu...slalu je last minute buat sume...study la..assignment la...macam2!!!...haishhh.!!...ok...nak sambung jalan2 dgn pak cik Google....bye!! =)

Friday, December 31, 2010

hari pertama...

assalamualaikum semua...

kalau cakap pasal pengalaman hari pertama  menetap di kawasan baru..msti ade je bnde yg best2 kan...
hmmm...hari pertama aku mnetap kat kolej 17 nih...macam2 aku dapat tengok...aku duduk serumah dengan 3 orang senior..dah tu sume final year...ade la lagi 3 orang termasuk aku yg baru je nak start buat bacelor...memang best borak2 dgn dorang nih...masing2 x balik cuti sem sebab nak siapkan final year project...sumenye ambik vet.....macam2 boleh dapat dari dorang...heheh...

kolej nih menempatkan student dari fakulti perubatan & sains kesihatan n fakulti perubatan veterinar.....bila tgk muke senior2 kat sini...sumenye nampak bijak2 belaka n muka2 rajin study nih...hehe....tp aku nih xtau la cmne nnt....

kat sini jugak ade banyak kucing...sumenye comel2 belaka...rase nak 'rembat' sekor je bawak masuk bilik...ade yg dah disapukan ubat la...maklum la...kat sini ade student vet...n sume kucing2 kat sini manje2...huhu..tu yg best tu...tak takut dgn orang....

minggu depan aku nak balik rumah...nak ambik ikan emas aku tu...dari sem lepas aku bela...sampai skarang nyawa dia panjang lagi.....huhu...nak letak atas meja study nnt...boleh la temankan study n blogging...hehe....

kuliah start isnin nih....hmmm....kne la bersedia kan...

Friday, December 24, 2010

tak lama dah...!

assalamualaikum semua...

rasanya sekejap je mase berlalu...dah stahun stengah saya jadi pelajar UPM (sebagai pelajar ASASI)...pejam celik 2X....khamis depan (30 Dec) dah nak kena daftar untuk degree..rase macam baru 1 sem jadi pelajar asasi...hmmm..alhamdulillah..dapat jugak 1st choice...tapi..dalam mase yg same turut kecewa dengan kawan2 yg tak dapat 1st choice mereka...disebabkan bhgn akademik x maklumkan awal2 yg jurusan mereka mintak tu x ditawarkan untuk semester depan...ade yg dpat 2nd n 3rd choice....


hmmm...ape2 pun...teruskan belajar...jangan putus asa...mungkin ade hikmahnya korang dapat 2nd n 3rd choice tu...
ok la...stakat nih rasenye baru ade 5 orang pelajar asasi lelaki *termasuk aku* yg dpat jurusan Doktor Perubatan Veterinar....hhmmm...harap2 boleh la kita belajar same2 nnt ye...kalau yg perempuan..rasenye ramai...x pasti brape orang...5 tahun perjalanan...hmm..masih jauh rasenye...

Gambar dari http://www.vet.upm.edu.my/

Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah!! Akhirnya aku Dapat 1st Choice!!!

assalamualaikum semua....

hari ini saya dapat khabar gembira daripada Bahagian Akademik UPM yg memaklumkan saya dapat pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran diperingkat bacelor nanti...saya ditawarkan jurusan Doktor Perubatan Veterinar...dibawah Fakulti Perubatan Veterinar...ini bermakna saya kena pindah ke kolej 17.....yeah!!! Alhamdulillah!!!....Ramai lagi kawan2 saya dari ASASI SAINS PERTANIAN, UPM..yg dapat pilihan pertama...tahniah buat anda semua...jumpa nnt sem depan...yeah!!




ni surat tawaran dari web UPM...minggu depan dah nak kena masuk daftar...

ini adalah surat janaan komputer..tandatangan tidak diperlukan
surat rasmi akan diserahkan semasa hari pendaftaran...30 Disember 2010


ini bermakna lepas ni kena pulun habis la bila study...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to . Design with love by CikBulat